Sahabat

Wednesday, April 8, 2009

Surat Terbuka Buat YAM Tuanku Sultan Perak.




Ampun Tuanku,
Sembah Patik Harap Di Ampun,

Tuanku!
Semalam Rakyat Tuanku di Kawasan Parlimen Bukit Gantang telah membuat keputusan mereka dengan memilih Dato Seri IR Mohammad Nizar bin Jamaluddin sebagai Ahli Parlimen mereka dengan majoriti 2789 undi, berbanding PRU12 2008 1566. Ini bererti Rakyat Negeri telah menolak permintaan daripada Dato Seri Najib bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Dato Dr Zambri bin Abd Kadeer, Menteri Besar Perak yang telah memohon restu daripada rakyat negeri Perak.

Ampun Tuanku..
Kita di Malaysia yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen memilih yang majoriti, pada 05 Feb 2009 lalu Tuanku sendiri memilih Dato Dr Zambri bin Abd Kadir menjadi Menteri Besar setelah 3 orang ADUN dari Pakaran Rakyat menyokong Barisan Nasional. Dan semalam pula rakyat Negeri Perak telah memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dengan majoriti seperti di atas.

Ampun Tuanku,
Sehubungan dengan itu patik dengan rendah diri memohon jasa perkenan dari Tuanku pertimbangkanlah keputusan Persidangan DUN Perak pada 03 Mac 2009 yang lalu untuk membubarkan DUN Negeri Perak untuk memberikan kepada Rakyat memilih siapakah yang akan memikul tanggungjawab bersama ke bawah Duli Tuanku untuk mentadbir Negeri Perak.

Wassalam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails