Sahabat

Friday, April 10, 2009

Khairy,Lebih baik kalah dari menang.........

Walaupun menang dalam pertandingan ketua pemuda Umno, nampaknya melalui pengaruh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir, Khairy Jamaludin Abu Bakar tidak tersenarai dalam kabinet baru yang diumumkan Datuk Seri Najib hari ini.
Malah, naib beliau, Razali Ibrahim dan orang yang beliau kalahkah iaitu anak Mahathir, Mukhris Mahathir, dilantik menyertai barisan kepimpinan negara yang baru.
Hanya Khairy yang tertinggal dalam kabinet ini, ketua sayap-sayap Umno iaitu wanita dan puteri semuanya disenaraikan dalam barisan kepimpinan baru Najib ini.
Sebelum ini, Mahathir berkata, beliau tidak campur tangan dalam pemilihan kabinet ini tetapi menyatakan panentangannya jika Khairy dilantik dalam kebinet baru ini.
Di samping Khairy, mereka yang tercicir dalam kabinet ini adalah Tan Sri Muhamad Haji Mohamad Taib (yang kalah untuk jawatan timbalan presiden), Datuk Seri Hamid Albar (yang mencadangkan agar akta penerbitan dimansuhkan), Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Pelancongan).
Turut tercicir adalah Datuk Amirsham Aziz (Menteri di JPM), Mohd Zin Mohamed (Kerjaraya) dan Zulhasnan Rafique (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Shahril Samad yang meletakkan jawatan sebelum penyusunan semula kabinet hari ini.
Di samping itu dua menteri MCA juga tercicir.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails