Sahabat

Sunday, April 12, 2009

KPI Kepada Menteri, KPI PM Pula Bagaimana?

Najib yang baru melantik senarai kabinetnya telah memperkenalkan kad prestasi Key Performance Index untuk para menteri dan timbalan menteri iaitu cara yang hampir sama pernah dilakukan semasa pentadbiran Pak Lah dulu.

  • KPI ini menurut Najib akan dikaji bagi setiap 6 bulan.
  • Saya sebagai tax payer memang menyambut baik sistem yang ingin dibuat oleh Najib ini.
  • Kita walau dari latar belakang politk yang berbeza tetap mengharap agar para menteri dapat memberi prestasi terbaik di dalam perkhidmatan mereka agar setanding dengan imbuhan dan keistimewaan yang mereka terima.
  • Kabinet yang digembar-gemburkan sebagai tebaik ini diharap dapat memenuhi harapan tersebut.
  • Kita juga tidak mahu KPI ini akan membuatkan lebih banyak wang rakyat akan habis untuk membayar pencen menteri kerana terlalu kerap berlaku pertukaran menteri yang tidak effective.
  • Di dalam masa yang sama, saya juga ingin mengetahui bagaimana pula KPI untuk Perdana Menteri dan Timbalannya dibuat?
  • Di dalam sistem parti seperti Umno, kebanyakkan ahlinya adalah kaki pengampu. Ini membuatkan segala tindakan pemimpian adalah betul dan tidak akan dicanggah.
  • Menurut cerita Mahathir. Semasa dia menjadi PM dahulu, belum sempat dia habis bercakap, sudah ada orang mengankat tangan tanda setuju.
  • Tambahan pula, di dalam hiraki BN, presiden Umno dan timbalannya secara automatik akan PM dan TPM selagi BN memerintah negara ini.
  • Walaupun MCA pernah mendesak agar diperuntukan jawatan TPM untuk mereka, namun ia tidak menjadi kenyataan.
  • Mungkin sebagai balasannya, jawatan menteri dan timbalan menteri untuk MCA telah ditambah disaat Najib cuba untuk mengecilkan kabinetnya.
  • Memandangkan kabinet kali ini penuh dengan bayangan Mahathir, bagaimana KPI untuk Mukhriz akan dinilai? Apakah surat beranak Mukhriz sudah cukup membuatkan KPI nya sentiasa menegak?
  • Walaupun Najib berslogan “1 Malaysia, Rakyat didahulukan”, tetapi kebinet yang dipilihnya ini juga mengandungi ahli yang ditolak rakyat.
  • Malah ada juga yang ditolak oleh ahli Umno sendiri. Jadi, dimana dia pilihan rakyat didahulukan?
  • Beberapa siri PRK yang diketuai oleh Najib atau semasa Najib menjadi PM sendiri secara jelas menunjukkan diri Najib sebenarnya semakin terbuang oleh rakyat.
  • Oleh itu, jenama “Rakyat didahulukan” dan KPI ini nampaknya dari awal menjadi retorik dan cakap kosong yang sering diamalkan oleh pemimpin BN selama ini.
http://www.wasilah.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=595&Itemid=1

0 comments:

Related Posts with Thumbnails