Sahabat

Friday, April 17, 2009

Laporan dedah kelemahan MB T'ganu


Sepuluh ADUN Barisan Nasional menyediakan laporan
gelagat pentadbiran menteri besar Terengganu -
didakwa penuh dengan politik cantas dan kelemahan -
yang menjadi asas kemarahan mereka.

Mereka memulaukan persidangan DUN pada Selasa
dengan alasan nyawa mereka terancam susulan muncul
mesej SMS ugutan bunuh - dipercayai berkaitan
ura-ura membawa usul tidak percaya terhadap
menteri besar itu.

Dalam laporan mereka kepada kira-kira separuh ADUN
parti itu, Datuk Ahmad Said didakwa memecat pegawai
dan tokoh politik dalam era pentadbiran Datuk Seri Idris
Jusoh yang digantikannya.

Mereka yang dipecat termasuklah ketua pegawai
eksekutif Institut Pembangunan Terengganu (TDI)
Dr Azmi Omar, dan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat
pelaburan negeri Terengganu Inc. Datuk Seri Azlan Hashim
dan Tan Sri Razali Ismail.

Bekas ketua Puteri Umno negeri, Nordiana Shafie
diberhentikan sebagai pengerusi lembaga pengarah
Kuantan Medical Centre dan khidmatnya sebagai
senator tidak disambung sepenggal lagi.

"Jawatan senator diberi kepada ketua-ketua Wanita
(Umno) yang tidak lagi mampu menyumbang
kepada negeri," laporan itu dipetik.

Laporan tanpa tarikh itu - yang diperolehi Malaysiakini
hari ini - juga mendakwa Ahmad melantik mereka
yang tidak berkeupayaan untuk mengetuai agensi
kerajaan negeri.

http://www.malaysiakini.com/news/102587

0 comments:

Related Posts with Thumbnails