Sahabat

Wednesday, April 15, 2009

Penyakit BN Hinggapi Pakatan Rakyat

Najib Razak telah ditabalkan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-enam. Khairy Jamaluddin pula telah berjaya menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO.

Muhyiddin Yassin pula nampaknya telah berjaya pula meletakkan dirinya pada kedudukan "kerusi beracun" Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pakatan Rakyat (PR) pula telah berjaya memenangi hati pengundi pada pilihanraya kecil dua bukit (Bukit Selambau dan Bukit Gantang). Barisan Nasional (BN) pula cuma dapat menang dikawasan yang sememangnya kubu kuat mereka iaitu di Batang Ai.

Persoalannya sekarang ini, rata-rata maklumat yang saya terima dari rakyat marhaen adalah;

  1. 01. Sikap sesetengah pimpinan parti (PR dan BN) yang terlebih lagak sehinggakan susah untuk dilihat hampir dengan rakyat.
  2. 02. Sikap sesetengah pimpinan parti (PR dan BN) yang cuma mengambil berat itu masyarakat hanya sewaktu musim pilihanraya
  3. 03. Sikap besar kepala pimpinan parti (PR dan BN) yang semakin menonjol, walaupun telah dinasihatkan beberapa kali.
  4. 04. Sikap bermuka-muka pimpinan parti (PR dan BN) yang dilihat tidak konsisten dengan perjuangan parti.

Kepimpinan Barisan Nasional sememangnya terkenal dengan sikap pekak dan buta terhadap masalah yang menimpa rakyat marhaen walaupun BN telah berkuasa lebih dari 50 tahun. Sikap ini tidak dapat dihakis sama sekali kerana mereka (pimpinan BN) merasakan bahawa mereka adalah sama taraf atau lebih berbanding dengan Sultan atau Raja.

Sebab itulah mereka terkenal membelakangkan aspirasi rakyat marhaen apabila mereka berada dipuncak kuasa. Tidak pelik sekiranya anda boleh melihat ramai pimpinan BN yang bersikap sedemikian.

Kini penyakit yang sama juga telah merebak dan menjangkiti ramai dikalangan pimpinan parti (Pakatan Rakyat) sehinggakan ianya boleh dilihat dengan ketara selepas kemenangan besar pada Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu.

Penyakit kronik ini pada awalnya menjangkiti Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini telah merebak dengan teruknya kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Walaupun begitu penyakit ini nampaknya kurang berjaya menjangkiti pimpinan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Ketika penyakit besar kepala ini menghinggapi pimpinan Parti Keadilan Rakyat, kita semua masih tidak ambil kisah perkara ini kerana pada anggapan umumnya, pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya tidak pernah dapat membuang imej UMNO/BN yang telah lama mereka sarungkan, sebelum mereka menyertai PKR.

Tapi bila penyakit besar kepala ini berlaku didalam Parti Islam SeMalaysia (PAS), maka ramailah rakyat marhaen yang agak terkejut dan musykil termasuklah saya sendiri.

Saya dapati beberapa pimpinan utama dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah teruk dijangkiti oleh penyakit besar kepala ini sehinggakan semua keputusan yang dibuat oleh mereka ini langsung tidak boleh dipertikaikan.

Malah pimpinan ini nampaknya telah menjauhkan diri mereka daripada rakyat marhen dan amat suka dianggap sebagai orang besar (tidak berusaha untuk menunjukkan imej merendah diri).

Malah orang-orang yang dahulunya masuk menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) seawal 1999 telah menunjukkan taring mereka yang selama ini disimpan dengan baik.

Kemasukan mereka kedalam PAS tidak dapat ditentukan dasarnya, namun setelah mendapat kuasa dan sebagainya mereka nampaknya menjadi lupa diri dan berasa besar kepala.

Jika ianya berterusan, tidak mustahil rakyat marhaen akan mengambil tindakan drastik untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat tidak lama lagi.

Kepada ahli mana-mana parti didalam Pakatan Rakyat, saya nasihatkan anda supaya mencantas "dedalu" dan "kanser" ini sebelum ianya merebak dan seterusnya akan menyebabkan kemudaratan yang lebih besar. Pimpinan yang berpenyakit ini perlulah disingkirkan demi untuk kelangsungan Pakatan Rakyat.

Akhir kata, sekalung tahniah kepada Ir Nizar kerana berjaya di Bukit Gantang. Peringatan dari saya ialah supaya Ir Nizar tidak besar kepala. Jika anda besar kepala, pastinya saya akan menentang anda sehabis mungkin.

Ingat, Rakyat Adalah Hakim.


http://www.wasilahonline.com/index.php?option=com_content&task=view&id=611&Itemid=1

0 comments:

Related Posts with Thumbnails