Sahabat

Wednesday, July 15, 2009

SYUKUR....

ALHAMDULILLAH... Pertama sekali aku mengucapkan tahniah kepada Adun Manik Urai yang baru atas kemenangan yang diperolehi. Tahniah juga kepada calon BN yang nampaknya berjaya merobek sedikit sedikit jurang majoriti undian di sana. Hakikatnya kemenangan Abe Uji ini masih lagi menampakkan sokongan kepada PAS masih utuh walalupun disajikan dengan bermacam gula-gula politik dan rasuah secara terang-terangan oleh pemimpin BN.

Kepada ahli-ahli PAS seharusnya mengambil iktibar dari peristiwa peperangan UHUD di zaman Rasulullah, yang mana tentera islam hampir tewas ditangan kuffar pimpinan Abu Sufyan.

Secara ringkasnya, setelah memenagi perang BADR dengan jayanya tentera muslimin ternyata begitu ghairah dan penuh yakin akan beroleh kemenangan di UHUD juga, sehingga arahan dari Rasulullah tidak berapa dihiraukan dan kebergantungan kepada ALLAH menjadi semakin berkurang dek kerana terlena dibuai kemenangan di BADR lalu.

Apakah mungkin PAS/PR juga mengalami nasib yang sama setelah memenangi 5 PRK di semenajung secara berturut-turut, maka menganggap kemenangan pasti jua menjelma di Manek Urai? Sehingga mungkin ada arahan yang dikesampingkan, usaha yang sambil lewa dan yang paling utama kebergantungan kepada kepada Allah semakin menipis dek kerana kadar keyakinan yang melebihi kadar tawakal kepada Allah. Tepuk dada...tanyalah iman dihati.

Apa-pun...PRK Manek Urai ini menjadi bukti bahawa Allah jualah yang memberikan ujian ini kepada perjuangan Islam supaya sentiasa dingati bahawa kemenangan yang terhasil itu bukanlah terhasil dari usaha kita tetapi dengan perkenan dari Allah jualah adanya.

Fikir-fikirkanlah...
Lihat peristiwa Peperangan Uhud disini
http://alhakelantan.tripod.com/nabimuhammadsaw/id6.html

so...jgn le kita leka....aku ingt ini mcm kes PRU 11 iaitu masa kelantan menang dengan 2 DUN sahaja selepas PRK Pengkalan Pasir.....Masa tu semua rasa selesa...tp hakikatnya hanya dapat hanya 2 DUN....so..gerak kerja harus di tingkatkan bg menghadapi PRU 13 nnti....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails