Teo sepatutnya berkahwin esok
Teo Beng Hock yang dijumpa mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam tengahari tadi, sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya esok, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang. Teo adalah setiausaha politik exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.
Lim yang seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku ke atas Teo berkata: "Tidak ada orang yang berfikiran wajar, akan membunuh diri sehari sebelum dia akan kahwin".
Menurut Lim, seluruh negara terperanjat dengan "kes pertama kematian dalam tahanan SPRM" itu.
"Reputasi SPRM adalah di tahap terendahnya. Ia harus meyakinkan keluarga Teo dan rakyat bahawa tidak wujud sebarang perbuatan jenayah (berhubung kematian Teo)," katanya ketika mengulas kematian Teo itu.
Teo disoal siasat SPRM sejak semalam berhubung siasatan terhadap dakwaan berlaku salahguna peruntukan bagi kawasan pilihanraya tujuh ADUN Pakatan Rakyat di Selangor.
Sementara itu Ean Yong juga tidak percaya Teo telah membunuh diri.
"Dia akan berkahwin, jadi mengapa dia nak bunuh diri," katanya yang jelas sedih dengan pemergian Teo.
http://www.malaysiakini.com/news/108674
Kalau kita fikir secara logik dan akal fikiran yg waras...takkan dia nk bunuh diri?
walaupun disiasat...adakah siasatan ini dijalankan secara telus? mcm maner seseorang dlm tahanan SPRM boleh mati.....itu persoalan yg susah utk dijawab............................................
kredebiliti SPRM sebagai badan pencegah rasuah yg sebelum ini sudah tercalar dengan banyak kes, kini semakin dipertikaikan ketelusannya...kenapa PR sahaja diambil tindakan? UMNO dan BN dibiarkan begitu sahaja....skandal PKFZ, Istana Khir Toyo, senyap sahaja.... SPRM ni dah jd satu badan pencegah rasuah utk PR sahaja.... jd selayaknya dia dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Pakatan Rakyat ( SPRPR).
Friday, July 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment