Sahabat

Thursday, July 9, 2009

Ribuan Juta Wang Rakyat Dimusnahkan Oleh UMNO/BN

UMNO sejak zaman pemerintahan Mahathir Mohamad telah membazirkan berbillion ringgit wang rakyat apabila pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mula dilaksanakan pada 2003. Dasar PPSMI jelas satu dasar yang amat silap dan lebih kepada agenda memberi keuntungan kepada para kroni.

- Bekal Laptop ke sekolah = Ada menteri jadi jutawan
- Bekal perisian = Ada menteri jadi hartawan
- Service computer = Ada kroni kaut keuntungan
- Sediakan latihan = Ada induvidu sedut komisen

Matlamat songsang cetusan idea UMNO ini jelas merugikan bukan hanya wang rakyat, malahan membuang masa tenaga pengajar dan murid yang terlibat.

Jelas desakan dan kritikan daripada Pakatan Rakyat dan rakyat terbanyak terhadap dasar ini membuktikan kelemahan perancangan dan kecelaruan pentadbiran UMNO/BN dalam mengendalikan dana dan masa depan rakyat.

Sebagai bekas pendidik, saya menyambut baik pemansuhan PPSMI ini. Malangnya berbillion wang rakyat telah musnah lantaran kerakusan pemimpin UMNO dalam mencari ruang melaksanakan sesuatu dasar hanya demi kepentingan para kroni mereka.


“Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris,” - Muhyiddin Yassin

Katanya berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil di SJK(T). - BERNAMA

- Kesian sungguh pemimpin UMNO. Bodoh sudah naik ke kepala. Di manakah realistiknya? yang hendak ditingkatkan adalah penguasaan bahasa Inggeris, tetapi matapelajaran Sains dan matematik pula yang menjadi sasarannya..!!!

- Apapun, rakyat Malaysia mesti menuntut ganti rugi atas kecuaian pemimpin UMNO/BN ini dengan tidak memberi undi kepada mereka dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Cukuplah selama 51 tahun kuasa yang telah diberikan kepada UMNO/BN.

- Rakyat mesti membuat pilihan = Hidup terus dikhianati atau kuburkan UMNO/BN.

Read more at: http://kerajaanrakyat.com/?p=7030


mmg diakui bahawa pemimpin UMNO disegenap lapisan ingin menghabiskan duit rakyat.....bukan isu RM 1,000.00 ataupun RM 2000.00 tapi isu berbilion-bilion......kontrak..projek...kontrak projek...itu saja dlm kepala pemimpin UMNO yg kerakusan membelasah harta rakyat,.....akhirnya ...perjuangan rakyat berjaya juga......

0 comments:

Related Posts with Thumbnails