Sahabat

Sunday, July 19, 2009

SPRM- Suruhanjaya Pembunuhan dan Rasuah Malaysia

Kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai rakyat, saya ingin tahu beberapa hal berkaitan kepentingan awam yang melibatkan cara dan tindakan SPRM yang pada hemat saya dianggap sumbang, mencurigakan dan boleh dipertikaikan:

- Apa perlunya siasatan ke atas mendiang Teoh Beng Hock dibuat sehingga jam 3.45 pagi? Sudah gila ke?. Tak sempat-sempat untuk sambung siasatan disiang hari…!!

- Kenapa peguam Teo, Manoharan tidak dibenar untuk hadir bersama ketika sesi soal-siasat tersebut? Kenapa SPRM sebagai badan penguatkuasa undang-undang, tetapi bertindak tidak selari dengan garis panduan perundangan.

- Kenapa SPRM TIDAK bersungguh menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM 26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2008. - Blog DSAI

- Kenapa SPRM buat sambil lewa terhadap dakwaan wujudnya rasuah dalam pembelian kapal selam ‘Scorpene’? Apakah Ketua Pengarah SPRM sudah dirasuah oleh UMNO? (Saya tidak tuduh, tetapi bertanya. Tak kan bertanya pun tidak boleh kot..!!)

- Kenapa SPRM bertindak lembab dan macam manusia dunggu dalam penyiasatan terhadap kes Linggam korek korek korek? Apakah SPRM nak menunjuk-nunjuk kepada rakyat bahawa sebenarnya SPRM sudah termakan ‘RASUAH’ ….!!!

- Apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cuba menyakinkan rakyat bahawa mereka benar-benar telah dibahalolkan oleh pemimpin UMNO?

- Dan soalan terakhir saya: Apakah maksud SPRM? Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ATAU Suruhanjaya Pembunuhan dan Rasuah Malaysia?

- Soalan Tambahan. Soalan ini ditujukan kepada pemimpin UMNO: Apa yang rakyat pertikaikan ialah kewibawaan SPRM, tetapi pemimpin UMNO pula yang kecoh dan menggelabah?. Terkaitkah UMNO dalam kes kematian mendiang Teoh Beng Hock, sepertimana kefahaman rakyat bahawa ada pemimpin UMNO yang terkait secara langsung dalam pembunuhan kejam Altantuya?

NOTA: Kerajaan Rakyat TIDAK menuduh tetapi bertanya.


http://kerajaanrakyat.com/?p=7129

0 comments:

Related Posts with Thumbnails