Sahabat

Tuesday, July 7, 2009

Mat Botok ni tak abis2 lg ker....

'Istana gaya Bali' Khir Toyo cetus kontroversi



Rumah mewah milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam mencetus kontroversi kerana kosnya dikatakan melebihi kemampuannya atau menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

khir toyo mansion 060709 08ADUN Sekincan, Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta.

"Beliau berhak untuk membina sebuah rumah sebesar mana sekalipun. Tetapi sebagai bekas menteri besar, beliau mesti menjelaskan bagaimana beliau membiayai pembinaan rumah tersebut," kata wakil rakyat DAP itu, yang membawa sekumpulan wartawan untuk menyaksikan rumah Dr Mohd Khir pagi tadi.

Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.

khir toyo mansion 060709 06Berbekalkan dokumen dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Mohd Khir, 44, dan isterinya Zahrah Kechik, 44, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007.















http://www.malaysiakini.com/news/107947

Dr. Khir fail saman terhadap Chang Khim esok

06/07/2009 6:26pm

SHAH ALAM 6 Julai - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo akan menfailkan saman terhadap Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor, Teng Chang Khim berhubung keputusan jawatankuasa itu supaya beliau digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama setahun, esok.

Tindakan yang dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dalam satu mesyuarat yang diadakan di sini hari ini, turut melibatkan kesemua ahli jawatankuasa tersebut.

Katanya, keputusan menggantung beliau serta empat lagi ADUN BN adalah tidak wajar selain melanggar prosedur serta peraturan DUN Selangor.

``Kita (ADUN BN) telah bersetuju, kita akan kumpulkan dana untuk mengambil tindakan saman terhadap beliau (Chang Khim) dan ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor.

``Peguam saya akan drafkan satu surat mengenai mengenai perkara ini (saman). Kalau tidak esok atau lusa, kita akan failkan di mahkamah termasuklah mengenepikan keputusan penggantungan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Utusan


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_33.htm


nampaknya Mat Botok ni nak larikan isu ler tu...kahkakhakhka....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails