Sahabat

Monday, July 6, 2009

Babi Punya pasal..34 kes tempatan H1N1



Wabak selesema A (H1N1) meningkat luar biasa hari ini apabila mencatatkan rekod penularan tempatan tertinggi sebanyak 34 kes daripada 75 kes, menjadikan jumlah semuanya 434 kes.

peningkatan mingguan kes selsema babi h1n1 060709Pada 29 Jun lalu, negara merekodkan 22 kes tempatan dan 112 kes import menjadikan keseluruhannya, sejak kes pertama dikesan 15 Mei lalu, 144 kes.

Dengan perkembangan terbaru, jumlah keseluruhan kes tempatan kini 101 sejak pertama kali dikesan 17 Jun lalu, sementara kes import berjumlah 333 kes kesemuanya.

Jumlah besar kes tempatan ini susulan peningkatan perlahan-lahan sejak awal bulan ini.

Semalam negara merekodkan 12 kes penularan tempatan, sementara kelmarin 11 kes.

Tiga hari pertama bulan ini mencatatkan jumlah 19 kes tempatan.

harap2 krg berhati2 ler....kalau bley pakai topeng tu...aku rasanya pun nk kena beli gaks...semakin mengganas nampaknya selsema babi nih

0 comments:

Related Posts with Thumbnails