Sahabat

Tuesday, July 21, 2009

INIKAH SEORANG PEMIMPIN ISLAM?

INIKAH SEORANG PEMIMPIN ISLAM?


GEMPAR - LUAHAN HATI AHLI PAS TENTANG NIZAR!

ALKISAH.... “Kelakuan dan perbuatan Mohd Nizar Jamaluddin, bekas MB Perak dari Pas menjejaskan nama baik Islam dan partinya. Beliau dilihat lebih menjiwai DAP daripada Pas, parti yang dianggotainya. Jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dan AJK Pas Pusat tidak sesuai lagi untuk beliau. Dia lebih DAP daripada ahli DAP lain dan lebih Cina daripada Cina lain.

Demikian komen seorang sahabat yang menelefon teman memberitahu kekesalannya terhadap tindakan Nizar yang turut serta di majlis memperingati mendiang Teoh Beng Hock kelmarin.

“Kemana dia pergi mesti ada si jahanam, Ngeh Koo Ham tu. Bukan main akrab lagi. Ngalahkan belangkas”, katanya dengan nada kesal.

“Kalau bersyarah di kampung-kampung bukan main lagi. Berbueh-bueh mulutnya membacakan ayat suci al-Quraan. Bila sampai waktu solat, bukan main hebat lagi dia ke depan menjadi imam. Tetiba kerana sayang sangat kepada Ngeh, ke majlis agama lain dia join sama. Siap pegang lilin dan bertafakur di sebelah si Ngeh tu. Satu dunia nampak gambor dia. Megah sangat le tu....

“Entah apa yang dia baca pun kita tak tahu. Takkan dia sedekahkan Fatihah untuk mendiang tu? Hei.... geram dan nyampah betul aku melihat perangai si Nizar ni.

“Dulu aku sokong dia seratus peratus untuk jadi MB Perak. Aku ingatkan dia baik, bagus dan berpendidikan agama. Rupa-rupanya semua yang ditunjukkannya selama ini tu cuma wayang dia aje... Berlakon tunjuk alim. Depan kita orang Melayu lain, depan Cina lain pulak ragamnya.

“Pas pun satu hal. Nik Aziz ke Hadi Awang ke, semuanya diam membisu tak berani komen. Orang dah heboh satu dunia mempertikaikan tindakan Nizar, deme dok diam tak berani komen. Tak tau le, adakah deme takutkan DAP dan Anwar lebih daripada takutkan Allah swt.

“Pas sekarang ni dah tak macam dulu. Cakap aje memperjuangkan Islam tetapi, apa yang dibuat oleh anak buah deme yang mencemarkan kesucian Islam deme tak kisah dan tak ambil peduli. Yang deme tahu macam mana nak hentam dan kutuk kerajaan Umno/BN. Itu aje yang deme tau.... Sapa yang kutuk dan bencikan Umno/BN, itu kawan deme. Sama seperjuangan dengan deme.... Tak kita apa faham deme dan tak peduli apa agama deme.

“Perjuangan apa? Perjuangan taik kucing...?” bebel kawan teman membetulkan diri kerana selama ini begitu taksub dengan Pas.

Sekarang dia sangat kesal dan berasa sedih dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin harapannya di Perak sebelum ini, Mohd Nizar Jamaluddin.

“Kalau Pas macam dulu, tentu Nizar ni dah kena pecat dari parti. Dulu kerana mempertahankan perjuangan Islam yang didokong oleh parti, YB Hashim Gera (Allahyarham), Ahli Parlimen Parit dari Pas yang berjaya tewaskan Perikatan pada 1969, kena pecat dari parti sebab sikit aje. Sebab berjoget dalam satu majlis anjuran kerajaan Perikatan di Parlimen.”

“Begitu pemimpin Pas dulu bertindak. Bukan macam yang ada sekarang ni. Entah apa yang deme perjuangkan. Konon mahu menegakkan Islam tetapi, anak buah dok buat kelaku hina Islam di khalayak umum, diam aje. Tak buat apa-apa dan tak berani tegur sikit pun.

“Ya le pulak. Sekarang ni tak tahu siapa sebenarnya yang pimpin Pas. Hadi Awang atau Nik Aziz? Seorang Presiden dan yang seorang lagi Mursyidul Am. Nik Aziz kata dia seorang sahaja nakhoda Pas tetapi yang rakyat tahu Presiden Pas ialah Hadi Awang. Dan dia orang bedua pun dah macam tak ngam aje...

“Entahlah.... Eloknya Nizar tu keluar aje dari Pas dan masuk DAP. Hah! Kawan le dengan Ngeh ke Nga ke. Ikut le deme ke mana deme pegi. Ke gereja ke, ke tokong ke... lantak le....

“Lagipun, kalau Nizar masuk DAP, nanti bila diadakan piluhan raya umum boleh dia bertanding atas tiket DAP. Kalau DAP menang banyak macam sekarang ni, sah le Nizar boleh jadi MB Perak wakil DAP pulak. Bukan ke senang buat macam tu...

“Apa le dia teruk-teruk duduk dalam Pas tetapi, kerja lakunya untuk DAP. Nik Aziz dia tak peduli, Hadi Awang dia tak kisah. Yang dia ambil berat dan kisahkan ialah Ngeh dan DAP.

“Mike tolong tuleh dalam blog mike, katakan teman suruh Nizar keluor Pas dan masuk aje DAP. Semua penyokong selama ini senang dan tak pening kepala memikirkan tingkah laku dia yang dah jauh menyimpang dari perjuangan Pas. Bukan teman aje kata begitu, ghame lagi kekawan dalam Pas di Perak ni kata begitu.”

Kesian kawan teman tu. Dulu dia orang kuat Pas dan sokong Nizar bagai nak ghak. Bila Nizar jadi sasau akibat taksub dengan pemimpin DAP, ramai penyokong Nizar terkedu dan rasa malu nak sebut jadi orang kuat Pas di Perak ini. Nak masuk Umno semula dah malu le agaknya....

Hai!.... nasib.... nasib....

http://parpukari.blogspot.com/2009/07/gempar-luahan-hati-ahli-pas-tentang.html


kahkahkhakha...parpu...ko mmg merapu ler...kenapa ler melatah sgt....?
ko ckp yg statement atas tu dari ahli pas ek... ni link dia...



http://sanasinigitugini.blogspot.com/2009/07/nizar-sesuai-untuk-dap-bukan-pas.html



kahkakahkahkah......bley caya ker?

kalau aku kata aku ahli UMNO plak...ko caya ker? kahkahkahkahkah....







Ni tambahan lagi...

Nizar pegang lilin : Kenyataan Media ADUN Titi Serong.

Sekadar bergambar di dalam gelap dengan memegang lilin pada malam 18 July dihadapan Wisma DAP setelah beberapa ucapan untuk memberi semangat kepada penyokong PR yang hadir. Jangan pula memutar belit gambar ini kononnya begitu dan begini....


Ekoran dari kematian secara misteri yang menggemparkan seluruh negara ke atas Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor di Bangunan SPRM Selangor, dan membawa kepada beberapa sidang media dan perhimpunan yang diadakan diseluruh negara termasuklah yang telah dianjurkan olah Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dihadari oleh DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan saya sendiri..

Isu yang sedang dibicarakan ialah mengenai tindakan kami berada dalam majlis yang kononnya memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang lilin dan dikaitkan dengan tindakan kami yang kononnya bercanggah dengan ajaran Islam.

Berkebetulan sebagai seorang Cina Islam saya rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebutAkhbar Sinar Harian edisi pada hari ini pada perenggan pertama, kedua dan ketiga menyiarkan kenyataan seperti berikut :-

"Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya Islam

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutunya memegang lilin pada acara keagamaan itu, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini" Katanya kepada Sinar Harian semalam"

Berikutan dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 July , bertempat di wisma DAP Ipoh. Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.

2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.

Semasa sembahyang hari raya puasa atau haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan diluar (saya ada koleksi gambar mengenai upucara ini).

3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upucara membaca doa dan pelbagai majlis.

4. Saya mempersoakkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.

5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, "punggung penuh dengan najis".

6. Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur olweh Bapak Prof. Kenapa hanya berdiam diri. Paling besar dalam persoalan upucara di Tugu negara yang telah difatwakan.

7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan firnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong pakatan Rakyat.

Allahu Aklam....

Kenyataan media pada 20 July 2009

Drs.Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong/
Ketua Penerangan PAS Perak,

http://idhamlim.blogspot.com/2009/07/nizar-pegang-lilin-kenyataan-media-adun.html


itu ler ameno...dia blasah je...mcm org xde agama....susah tul nak bagi faham....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails