Sahabat

Wednesday, April 8, 2009

Guan Eng Akan Putuskan Mengenai Timbalan Ketua Menteri I

PULAU PINANG, 8 April (Bernama) -- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyerahkan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk membuat keputusan mengenai kedudukan Timbalan Ketua Menteri I.

Lim berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat majlis itu pagi ini.

"Pelantikan ini adalah kuasa mutlak ketua menteri yang akan berunding dengan semua pihak relevan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lim berkata peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai timbalan ketua menteri dan anggota majlis mesyuarat negeri akan berkuatkuasa hari ini tetapi beliau akan kekal sebagai anggota Dewan Undangan Negeri Penanti.

Pada 2 Mac, Mohammad Fairus menyerahkan surat peletakan jawatan berkuatkuasa hari ini.

Terdahulu, pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata beliau akan mengadakan mesyuarat parti untuk membincangkan calon bagi jawatan itu.



-- BERNAMA

0 comments:

Related Posts with Thumbnails