Sahabat

Wednesday, December 9, 2009

Pengetua, guru besar akan diberi kuasa pecat guru

KUALA LUMPUR - Pengetua atau guru besar mungkin diberi kuasa untuk mengambil dan memecat guru di sekolah mereka pada masa depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, perkara itu akan dipertimbangkan dalam usaha kementerian untuk merevolusikan sistem pendidikan negara.

Selain itu, kementerian turut mewujudkan ba’iah baru untuk membawa perubahan yang dapat memberi kecemerlangan kepada sekolah-sekolah.

“Sekiranya pengetua atau guru besar 'perform', beliau akan mendapat ganjaran...Tidak semestinya dalam bentuk kenaikan pangkat atau gaji. Ganjaran itu bergantung kepada kegigihan pengetua atau guru besar berkenaan dalam melakukan perubahan di sekolah mereka.

“Kemungkinan suatu hari nanti mereka boleh lakukan 'hire and fire', dapat menentukan siapa atau guru mana yang berdedikasi untuk membantu mereka menjadikan sekolah mereka sekolah cemerlang,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelajaran.

Katanya, melalui revolusi sistem pendidikan itu, kementerian telah melakukan beberapa perubahan termasuk mewujudkan banyak persaingan dengan memperkenalkan sekolah berprestasi tinggi.

Selain itu, katanya kementerian akan melakukan rombakan kepada sistem taksiran iaitu sekolah bukan berorientasikan peperiksaan semata-mata.

Beliau turut disoal Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mengenai bagaimana kerajaan mahu memartabatkan profesion perguruan sebagai profesion pilihan pertama dan bukan yang terakhir seperti yang berlaku mutakhir ini.

“Kita mesti berusaha menukar pemikiran guru supaya mereka melihat pendidikan sebagai perjuangan untuk memberi keadilan kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya, kementerian bagaimanapun tidak akan mengubah dasar sedia ada cuma pendekatannya yang berbeza. -Bernama

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6145554.asp


umum mengetahui ada juga guru2 yg tak suka dengan UMNO, tp dengan adanya lantikan Pengetua dan Guru Besar yg UMNO totok, maka guru-guru kena berfikir panjang, UMNO ni dah semakin mengarut dah...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails