Wednesday, December 9, 2009
Bila artis mengkritik doa TGNA !
klik untuk pembesaran imej
Oleh : albanjari
Wak bukan mahu mempertikaikan apa yang Hj. Aznil tulis di ruang kolum minggu lalu. Walaupun pada hakikatnya, hujah yang disampaikan beliau jelas dangkalnya, tetapi sekurang2nya beliau berani menulis dan mempersoalkan doa TGNA itu dari kacamatanya.
1 soalan sebelum wak meneruskan penulisan ini. Soalan ini ditujukan kepada Hj. Aznil, dalam isu yang beliau tulis, mengapa beliau tidak menganalisis serta mengulas doa TGNA secara keseluruhan, bukan sekadar ambil sekerat-sekerat, Kenapa beliau tidak ulas dan sebut doa-doa TGNA yang meminta dan memohon kepada Allah swt. diperbetulkan jalan berfikir PM supaya menerima Islam yang syamil ?
Dari sudut islam, doa adalah satu permohonan. Jika kita rajin membuka sejarah doa-doa yang diambil oleh para Nabi, kita tentu boleh berjumpa dengan kandungan doa nabi Musa AS dan Nabi Muhammad saw yang pernah mendoakan bala kepada musuh islam !
Malah jika kita membuka himpunan hadis dalam Ridhatus Solihin, kita akan berjumpa dengan maksud doa yang berbunyi begini,
" Wahai Tuhan, tolong balas bala, keatas orang yang zalim". Maksud doa yang hampir sama ini juga terkandung dalam Qunut Nazilah yang berbunyi " Wahai Tuhan, musnahkanlah golongan kafir dan munafik",
dan kita juga wajar untuk faham bahawa selain dari orang kafir yang nyata, orang munafik juga ramai. Menafikan hak yang wajar dinikmati oleh seorang hamba yang lain adalah dikira zalim. Begitu juga dalam soal royalti minyak Kelantan. Isu ini sangat jelas lagi terang. Tidak perlu berlampu suluh untuk menyatakan bahawa itu memang sudah mutlak hak kerajaan Kelantan. Mengapa mahu ditahan-tahan dengan seribu alasan.
Apakah hal ini tidak diketahui oleh PM, dan salahkan bagi TGNA mengangkat tangan menadah doa kepada Allah diatas sikap zalim pemerintah berkaitan isu royalti ini ? Ini bukan soal politik Hj. Aznil oi, ini soal hak dan kezaliman pemerintah.
Pesan wak, jangan menjadi zalim dan menzalimi diri sendiri ketika menulis, buat Hj. Aznil cuba fahamkan maksud Hadis dibawah yang bermaksud,
" Takutlah kamu kepada doa yang dizalimi, biarpun dia itu seorang kafir, sesungguhnya diantara Allah dan si kafir (yang dizalimi) yang berdoa itu tiada hijab(halangan) antaranya", (sahih Al-Jaamii:119)
Jika sudah begitu kata maksud hadis terhadap doa orang kafir kepada Allah, apatah lagi doa orang mukmin disisi Allah ? Memang wajar media perdana sensasikan isu doa ini, kerana jelas 'ketakutan' yang berganda-ganda bukan sahaja kepada 'mereka-mereka' itu, malah bukan setakat artis digunakan, mufti juga turut dihumban sama untuk melontarkan bahawa doa itu tidak islamik dalam konteks negara ini. Ia disensasikan kerana 'doa' itu jika dimakbulkan pasti akan menimpa tubuh badan dan kepala jemala mereka yang sebenarnya. Mereka ketakutan !
(*) Untuk Hj. Aznil, wak minta tuan 'kunci' hadis akhir yang dituliskan itu buat renungan haji, bukan sekadar mengunci lirik di Astro. Ingat tu !
kredit to
http://politikbanjar.blogspot.com/2009/12/bila-artis-mengkritik-doa-tgna.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment