Sahabat

Friday, September 11, 2009

Umno Adalah Parti Islam, Kata Najib


SIK, 10 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikka
n taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," kata beliau ketika meng
hadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini Khamis ini.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.

"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," kata beliau.

Perdana Menteri juga berkata, Islam juga menuntut perubaha
n umatnya daripada yang baik kepada lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh Umno.

"Kita sentiasa membela nasib rakyat daripada yang
baik kepada lebih baik, jika dahulu kita bermula dari Lurah Bilut (Felda Lurah Bilut) daripada golongan yang tidak mempunyai tanah kepada golongan yang mempunyai tanah sebanyak 10 ekar,"

"Secara kebetulan ayah saya (Tun Abdul Razak) y
ang menubuhkan Felda, dia berjalan dengan tongkat dan bush jaket beratus-ratus batu semata-mata untuk memberi tanah dan membasmi kemiskinan rakyat," kata beliau.

Najib juga berkata, umat Islam haruslah mengambil iktibar de
ngan pelbagai peritiwa kemenangan Islam dalam bulan Ramadan termasuklah peristiwa perang Badar.

"Bulan Ramadan membentuk peribadi dan kekuatan untuk kejayaan Islam dan tidak ada sebab kita tidak boleh berjaya jika kita berusaha," kata beliau.

Pada majlis itu, Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan para pemimpin U
mno negeri berbuka puasa bersama kira-kira 5,000 peneroka Felda dari Kedah dan Perlis.

Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan duit raya dan bantuan khas kepada peneroka Felda berkenaan.


-- BERNAMA


macam mane la UMNO bley sampai sesat mcm nih,...


Be End Bakal Berkubur.....

Samy persoal berita Dr M sokong Subra

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mempersoalkan motif calon timbalan presiden Datuk S Subramaniam mendapatkan bantuan pemimpin parti politik lain berkempen untuknya.

Katanya, Subramaniam telah mengaibkan MIC dengan mendapatkan bantuan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menyifatkan tindakannya sebagai "sengaja membawa masuk campur tangan luar", Samy Vellu berkata, banyak cawangan dan bahagian MIC menghubunginya untuk menyuarakan rasa marah mereka terhadap tindakan Subramaniam itu.

Presiden MIC itu mengulas laporan muka depan Makkal Osai, akhbar Tamil yang dikaitkan dengan Subramaniam, menyiarkan wawancara dengan Dr Mahathir sebagai berita muka depan di mana mantan perdana menteri itu memuji Subramaniam sebagai seorang pemimpn yang baik, dan mengkritik kepimpinan Samy Vellu.

Antara lain, Dr Mahathir dilaporkan berkata, kerana marahkan Samy Vellu, masyarakat India mengundi pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.

http://www.malaysiakini.com/news/112604


Krisis MCA lahirkan parti baru

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat sebelum ini mendakwa penyokong Datuk Seri Chua Soi Lek, sedang bersedia untuk menubuhkan sebuah parti politik baru yang dikenali sebagai 'Parti Cinta Malaysia' selepas gagal untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membatalkan pemecatan Chua dari parti itu dan jawatan timbalan presiden.

Ibrahim Yaakub dari pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) PUlau Pinang hari ini mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa parti itu telah didaftarkan tiga bulan lalu.

Semakan dengan pejabat pendaftar pertubuhan di Seberang Perai mendapati Parti Cinta Malaysia (PCM) - sebuah parti pelbagai kaum - didaftarkan di Pulau Pinang pada 6 Ogos lalu.

Sijil pendaftarannya menunjukkan alamatnya di Chai Leng Park, Perai bersama senarai penuh ahli jawatankuasanya.

Presiden pertama parti baru itu ialah Tang Weng Chew,38, seorang pengarah sebuah syarikat bekalan makanan, bersama dengan Loo Kien Seang dan Lim Kim Chu masing-masing sebagai setiausaha dan bendahari.

http://www.malaysiakini.com/news/112618


kalau kita sorot kembali dalam Barisan Nasional, bermula dengan Najib diambil alih oleh Pak Lah... dengan krisis dalam UMNO...ia berlarutan kepada PPP, dan sekarang MIC dan MCA dah semakin rapuh...khakhakhakhak.......UMNO Be End menguarkan bahawa PR tidak kukuh dengan PAS,PKR dan DAP tetapi hakikatnya sebalik yang berlaku, adakah ini tanda2 kemusnahan Be End....kahkahakhkahkh

Sunday, September 6, 2009

Download Senarai Buffet Ramadhan 2009 (Klang Valley Shj)



Sudah menjadi trend sejak akhir² ini, ramai yang gemar berbuka puasa di hotel² dan restoren terkemuka. Bagi yang tidak tahu hendak berbuka dimana atau masih mencari tempat berbuka, anda bolehlah download senarai buffet ramadhan 2009 disini.


Selamat berpuasa!

Automatic Created Playlist by www.autoplaylist.com
Make Your Own Mp3 & Video Playlist at www.autoplaylist.com

Saturday, September 5, 2009

Syabas Tok Guru dan Khalid Samad

YB Nurul Izzah dari Lembah Pantai begitu murah hati. Dia memuji saya sebagai seorang pemimpin politik Melayu yang berani sederhana dan berprinsip. Saya amat berterima kasih kepadanya. Tetapi sebenarnya ada ramai lagi pemimpin Melayu Islam yang tidak ekstrem dan bersifat sederhana. Mereka berani ,ada prinsip dan integriti. Mereka juga wajar kita beri perhatian dan sokongan .Orang Melayu Islam di negara ini memerlukan kepimpinan yang sederhana dan berperikemanusiaan seperti Tok Guru Nik Aziz dan YB Khalid Samad.

Berbeza pula dengan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein yang bangga kerana dapat menunjukkan kepada kepimpinan UMNO dan kuncu-kuncu mereka di Seksyen 23 Shah Alam, Selangor bahawa dialah yang prihatin dengan nasib orang-orang UMNO. Orang-orang inilah yang berarak dengan kepala lembu membantah cadangan pembinaan sebuah kuil kerana kononnya kuil itu dekat dengan rumah mereka. Hishammuddin sedikit pun tak rasa bersalah atau meminta maaf terhadap tindakan mengancam rusuhan kaum dan menghina kaum serta agama lain. Malah dia pula menjadi jurucakap kumpulan ini dengan berkata mereka tidak berniat untuk menghina sesiapa. Sudah tentu selepas lawatan ke tempat itu dan kenyataan Menteri yang sedemikian rupa, maka siasatan polis juga mungkin selesai begitu sahaja selepas ini. Jika pergaduhan kaum berlaku atas provokasi kumpulan kepala lembu itu, apakah Hishammuddin berani bertanggungjawab?

Pada zaman penjajahan dahulu, iaitu sebelum UMNO bermaharajalela di negara ini, Masjid Kapitan Keling telah dibina di sebelah kuil Hindu Arulmigu Mahamariamman di Pitt Street di Pulau Pinang. Di hadapan masjid itu pula ada gereja Kristian St George’s Church. Orang Islam masa itu bila sembahyang di masjid itu tidak pula rasa tersinggung atau goyang iman mereka. Mereka tidak pula menyembelih lembu dan berarak membawa kepala lembu serta memaki hamun kaum dan agama lain. Yang berkuasa di Pulau Pinang pada zaman itu adalah orang Kristian. Mereka berhak untuk melarang pembinaan Masjid Kapitan Keling dan kuil Hindu di sebelah gereja mereka. Kuasa ada pada mereka. Mereka boleh memberi alasan kononnya mereka tersinggung dann terguris hati jika masjid dan kuil dibina di sebelah gereja mereka. Mereka boleh berkata sembahyang mereka tidak sempurna atau tidak diterima Tuhan kalau ada masjid dan kuil yang berdekatan dengan gereja mereka. Tetapi penjajah Inggeris tidak pula berbuat demikian. Malah dekat situ juga ada kuil Kuan Yin Teng untuk orang Cina. Nampaknya pada zaman dulu, manusia Malaya boleh hidup saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Masa itu orang Melayu Malaya tidak perlu dibawa ke seminar khas Biro Tata Negara untuk menginsafkan mereka tentang nasib agama dan bangsa. Masa itu tidak ada Utusan Malaysia yang mana pengarangnya seperti Zainuddin Maidin dan anak-anak didiknya telah mengajar orang Melayu supaya membenci kaum dan agama lain.

Jika masyarakat Pulau Pinang terdiri dari berbagai kaum, Kelantan pula yang majoriti penduduk adalah orang Melayu turut bersikap terbuka. Kerana sifat unik orang Kelantan ini, maka UMNO tidak sempat tumbuh segar dan dengan itu selamatlah nasib orang Melayu Islam Kelantan. Darah mereka belum tebal dengan rasa benci dan perkauman yang meluap-luap. Jiwa Islam Melayu yang dipupuk dalam suasana kampung masih tenang dan beradab. Kalau orang Kelantan “gedebe” pun, ia tidak ada kena-mengena dengan kebencian kaum dan agama. Orang Kelantan ke masjid dan surau untuk melakukan ibadah tetapi tidaklah pula mereka rasa tersinggung bila melihat kuil Buddha yang besar tersergah di kawasan mereka. Hanya di Kelantan ada tiga wat Buddha yang terbesar; Buddha Berdiri di Kampung Balai, Buddha Berehat di Kampung Berok dan Buddha Bersila di Kampung Jubarak. Semua wat Buddha ini dibina dengan harga berjuta ringgit; berada dalam kawasan majoriti besar orang Melayu Islam. Tetapi Melayu Islam di kampung-kampung ini tidak sama dengan sesetengah Melayu canggih di Seksyen 23 Shah Alam. Melayu kampung di Kelantan mendengar nasihat Tok Guru Nik Aziz untuk hormat agama lain. Mereka tahu apa yang Tok Guru ajar itu memang berlandaskan Al-Quran yang melarang umat Islam mempermain-mainkan agama orang lain. Orang Melayu Islam di Kelantan juga tidak terguris hati mereka bila kerajaan membina sabuah masjid di Rantau Panjang yang bentuk rupa saperti rumah maharaja Cina. Malah mereka bangga dengan sikap toleran dan keterbukaan Islam yang di tonjolkan olih Tok Guru.

Sepatutnya orang Melayu di Shah Alam mendengar nasihat YB Khalid Samad, seorang pemimpin Melayu Islam yang sederhana dan peka kepada tuntutan dan masalah rakyat di negara majmuk Malaysia ini. Khalid telah menulis dengan berani dalam blognya: “Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat ‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini di sebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?”. Kalau nak tahu lebih lanjut isu kuil dan kepala lembu itu, sila layari: www.khalidsamad.com

Khalid dan Tok Guru adalah antara pemimpin Melayu Islam yang patut kita banggakan kerana mereka mampu menyelamatkan negara ini dari terjunam ke dalam kancah pergaduhan kaum dan pertelingkahan agama yang dashat. Saya yakin ada ramai lagi orang Melayu Islam yang berpendirian sederhana tapi tegas dan benar-benar menghayati prinsip jujur, ikhlas dan toleran mengikut ajaran Islam. Orang-orang seperti inilah yang wajar kita dengar pandangan mereka. bukan penghasut dan pembenci kaum dan agama.

http://myzaidibrahim.wordpress.com/2009/09/02/syabas-tok-guru-dan-khalid-samad/
Related Posts with Thumbnails