Sahabat

Saturday, March 27, 2010

Penduduk Pauh Lima gempar temui ikan Yu iras wajah manusia

PAUH LIMA - Penduduk di sini gempar selepas menemui ikan Yu dipercayai mempunyai iras manusia di gerai ikan di sini, kelmarin.

Pemilik gerai berkenaan, Rosli Jusoh, 38, berkata, kejadian itu disedari apabila seorang pelanggannya yang ingin membeli ikan Yu berkenaan yang dikenali Yu Mejan dan melihat ikan tersebut mempunyai mata dan mulut seperti manusia.

“Ketika ingin menimbang ikan tersebut, pembantu saya meletakkannya dalam keadaan terbalik, dan pelanggan berkenaan terkejut dan memberitahu tidak mahu ikan berkenaan kerana seperti wajah manusia.

“Pembantu saya kemudian melihat ikan berkenaan dan ternyata dakwaan itu benar apabila ikan yang mempunyai mata di bahagian atas, turut mempunyai sepasang lagi mata di bahagian bawah perutnya,“ katanya ketika ditemui Sinar Harian di gerai ikan miliknya di sini.

Rosli berkata, ikan seberat 1.2 kilogram itu diambil dari pengkalan Tok Bali sebelum di pasarkan di gerainya yang dibuka dari jam 10 hingga 6 petang.

Katanya, ini kali pertama dai berdepan kejadian pelik itu sejak empat tahun menjalankan perniagaan berkenaan.

“Kebiasaannya ikan Yu ini dijual sebanyak RM5 sekilogram, tetapi ikan ini mungkin kami simpan buat sementara waktu, kerana tidak ada yang sanggup untuk membeli dan memakannya,“ katanya.

sumber

0 comments:

Related Posts with Thumbnails