Sahabat

Friday, October 9, 2009

TENTANG DIA

SI DIA+KEKASIH HATI+PENYEJUK JIWA+WIRA KALBUKU (aku type huruf beso2 coz aku sayang BANGET kat SI DIA,!)kiranya tribute untuk kekasih hatila…kena spesel la sket!BUAT SI DIA YANG DI HATI…INI KATA-KATA IKHLAS DARIKU UNTUKMU….

Penyayang sifatnya. Itu yang wat aku jatuh cinta pandang pertama. Rupanya selama ni aku tak perasan yang SI DIA selalu perhatikan aku,mendengar setiap patah kata yang aku ucapkan,tolong aku dalam kesusahan…he always there if I need him…sungguh skrang ni baru aku perasan…he is my shoulder 2 cry on…n sampe skrg aku tertanya naper aku baru sedar pasal kebaikan yg SI DIA taburkan untuk aku?Patutla asal aku minta tolong saja,mesti SI DIA akan datang! Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat SI DIA ! Dia tak penah marah…Sirius...SI DIA lagi suka kalu aku carik dia…SI DIA cakap SI DIA lagi suka kalu aku menganggapnya penting!Pergghh ,dazatnya kasih SI DIA kat aku!! I LUV HIM…REALLY!

Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. Macam citer ‘Bersamamu’ tu..’Hulurkan Bantuan ,Ringankan Beban!Terasa luluh segala gundah gulana,resah,beban di hati ni….takyah pakai SMS,cakap direct jer terus ringan pala hotak aku ni!Ajaib sungguh! Citer masalah kat kengkawan aku pun takdelah selega ni! Rupanya SI DIAlah PENYEJUK JIWA aku….Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku…dan mujur aku sempat menyedari kasih sayang SI DIA yang selama ini diberikan untuk aku.

Aku slalu kontek SI DIA awal pagi,waktu lunch hour b4 gi klas,petang b4 aku pegi kuar ker,..hehe…tengah malam la yang beznya…romantikus sket!ala…macam korang gak…ader jer aku tengok bersidai kat tepi tangga 3-4 pagi sembang dgn boypren!aku bersidai kat bilik jer…baru ada privacy meh!Nikmat betul bercinta ni bak kata kawan aku!,baru aku tau!..hhmm….perasaan yang dapat aku rasakan pada SI DIA terlalu dalam,tak terselam(ewah,macam lirik lagu plak!)….

Untuknya aku sanggup serahkan jiwa dan raga dan aku nak bersamanya setiap masa…selamanya…aku tak tipu korang dgn perasaan aku ni!aku tak penah ada perasaan macam ni kat sesapa pun b4 diz…SI DIA jer!kadang-kadang bila aku pergi jauh dari SI DIA,perasaan aku tak keruan,serba benda tak menjadi,hati aku kosong sekosong2nya!…aku rindu akan rasa damai tu,rasa tenang…setiap langkah aku,degup jantung aku,tidur dan mimpiku,aku harap SI DIA tahu aku nak bersama dengannya selalu..dan adakah SI DIA tahu?memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal kan?korang pun penah alami jugak ker?heheh...
kerna terlalu baik, SI DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugi ar aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je SI DIA, sure macam-macam SI DIA anto kat aku.

Tak kiralah, material seperti duit ka,kain ka… spiritual pun dapat(kata2 semangat dr SI DIA la)... dari dulu sampe sekarang tak jemu2 SI DIA bagi aku macam2…rasa dihargai sangat!aku jer buta dulu!hmm memang SI DIA kekasih sejati yang aku carik slama ni!korang tau,SI DIA anto surat kat aku,tak mainlah SMS,tak romantic! Bila aku rindu kat SI DIA, baca je surat-surat yang SI DIA bagi tu. Surat2 SI DIA penuh dengan kata-kata indah,aturan bicaranya kalah sasterawan Negara!….SI DIA suka bagi macam-macam nasihat kat aku...pesan kat aku suruh jadi muslimah yang sejati dan penyayangla,suruh aku treat mak bapak aku elok2,suruh aku banyak2 sabar coz SI DIA tau aku ni kurang sabar sket kekadang!yang beznya,siap bagi example lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, nyaris-nyaris gak aku frust dgn sorang guy nih…buat macam-macam nak ngorat aku pada mulanya,…tapi aku steady lagi,so aku try tanya pendapat SI DIA…even SI DIA tak bagitau secara direct kat aku…SI DIA suruh tengok dulu diz guy caner rasanya….so setelah aku jadi pompuan setia menunggu dgn penuh derita….akhirnya pecahlah tembelang dat guy…hipokrit rupanya…nyarisla tak jadik apa2,kalu tak sure aku nyesalnyer…aku pun lega sket,memang timakasih sesangat kat SI DIA…rupanya ada hikmah SI DIA suruh aku survey betui2 dulu dat guy…sejak peristiwa tu,aku dengan SI DIA makin rapat…dan aku wat macam2 benda nak dekat diri aku dengan SI DIA…aku tanak lepas peluang lagi!aku tanak menyesal dan aku tanak rasa kehilangan dan menunggu dengan penuh derita lagi…aku dah penat!n even SI DIA tau citer aku tuh, SI DIA tak penah kisah pun! DIA takde jeles langsung,siap tulong aku menempuh saat2 kesukaran lagik!udohle atok kesayangan aku meninggal plak masa tu…waduh,teruk toi aku..tapi mujurlah SI DIA ada…kalu tak…tataula apa jadik kat aku.

Cuma ada satu perkara yang aku risaukan…aku rasa cemburu sebenonyer… Memang ramai yang jatuh cinta ngan SI DIA. Aku nak wat caner…SI DIA tu perfect sesangat!So, aku pun kenalah usaha betul-betul.Kata orang putih ~what you give, you get back~ so, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih lakan?

Sebenarnya, SI DIA ni sangat kaya ... udohle kaya,generous sangat plak tuh!maunye tak rame yang jatuh cinta.n tataula u ol pecaya ke tak tapi semua keperluan hidup aku, DIA yang support,senang sket mak bapak aku... caya tak? Sirius aku tak tipu…

Free of charge... Tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang SI DIA bagi tukan?Mak aku kata,kalu orang dah abgi,suka tak suka amik jelar...pastu pande2la membalas budi...tu yang aku sanggup berkorban apa sahaja untuk SI DIA...cheewah!dah dapat macam2,tak sedo2 diri lagi ker?

SI DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, SI DIA aku ni memang cerdik+bijak+genius etc...SI DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia.SI DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar. Itu pasai aku suka sangat baca buku…sebab aku nak SI DIA tau yang aku ikut apa yg dipesan…n sebab aku cintakan SI DIA…

Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa SI DIA lagi pun.Tak macam korang,asik dating jer…aku mana ada wat camtu…lagipun aku belum bersedia la... aku takut SI DIA tak suka kat aku…aku takut sesangat! tapi SI DIA dah janji, satu hari nanti,KAMI mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni.Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal….aku nak kena ready betui2 b4 aku jupa SI DIA..aku harap SI DIA dapat terima aku bila kami jumpa nanti…aku harap sangat…

Daripada surat-surat SI DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang SI DIA suka, apa yang SI DIA tak suka. Yelar…kita mesti kenal orang yang kita cintai tu betui2 kn?Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, nnti SI DIA tambah-tambah sayang la kat akukan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab SI DIA dah bagitau aku dulu,orang yang SI DIA cintai akan dapat hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!siap berjanji lagik! Tapi aku takderla pk pasai hadiah tu sangat tapi yang paling aku nak ialah aku nak tengok wajah sebenar SI DIA!aku tingin sangat nak jupa SI DIA…pasti luruh jantung aku saat tuh!korang tatau inilah perasaan rindu paling mendalam yang aku dapat rasakan….

Bayangkan…asal aku jalan gi kuliah,aku teringat kat SI DIA,b4 aku tido aku teringat apa yang SI DIA penah buat kat aku,masuk toilet pun tingat kat SI DIA…aku tengok pokok pun aku rasa nak nangis sebab aku rasa aku nampak bayang-bayang SI DIA even tak penah melihat wajahnya…hebatnya penangan cinta SI DIA kat aku!pasal tu orang cakap…cinta sejati tak mengenal paras rupa…dan apa yang membuat cinta aku ni terus membara dan membuatkan aku bersemangat setiap hari ialah…SI DIA tak penah tengok aku macam orang lain tengok aku…aku gemok ker…aku huduhka pada pandangan orang lain, SI DIA tak penah peduli!SI DIA bilang,dia hanya pandang pada hati aku jer…sebab tu aku maleh nak pedulik apa orang len kata kat aku yang penting SI DIA yang aku cintai tak penah heyna or pelekeh aku!

even aku stil berdebar nak bertemu dengannya,aku tokleh tipu diri aku dan aku tokleh tipu korang yang aku benar-benar jatuh cinta kali ini dan aku sangat yakin inilah cinta sejati…cinta yang satu! Dan aku tahu SI DIA tahu apa yang aku tulis kat sini…

UNTUKMU KEKASIH HATI... .AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI... WALAU NYAWA DIGALANG GANTI, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI , TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA...
ITULAH KEKASIHKU... ALLAH S.W.T. ... CINTA TERAGUNGKU! Amacam, best tak Kekasih..buah hati pengarang jantung aku?!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails