Mahfuz: BN kini ertinya 'bini Najib' |
Jun 30, 09 1:47pm |
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencipta gelaran baru untuk Barisan Nasional dengan label "bini Najib" - alasannya Rosmah Mansor seorang wanita pertama negara yang berpengaruh luas. "Dulu kita dengar BN (ertinya) 'barang naik'. "Itulah dijaja oleh orang ramai terutamanya ketika hari penamaan calon tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu 'Bini Najib'," ahli parlimen Pokok Sena dipetik berkata semalam. Menurut laman rasmi media PAS, Mahfuz menyebut gelaran tersebut sewaktu berceramah di majlis makan malam di Sungai Chenaam, Nibong Tebal Beliau juga berkata, pemerintahan Datuk Seri Najin Razak seolah-olah juga diterajui oleh isterinya, lapor Harakahdaily.net hari ini. Tambahnya, istilah itu "jika dikaji, ada kebenaranya" apabila menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia awal bulan ini juga bertemu dengan Rosmah, selain Najib. Pertemuan itu, Mahfuz dilaporkan berkata lagi, "tindakan terbaru yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara" dan "tidak pernah dilakukan olah mana-mana pemimpin negara luar". "Kalau dikaji ada kebenaranya. Bila Lee Kuan Yu melawat Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Lee juga mengadakan pertemuan dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor. "Itu yang menghairankan masyarakat kenapa dan apa motif perjumpaan itu. Lazimnya, pertemuan isteri diadakan berasingan itupun dengan isteri pelawat sahaja," Mahfuz dipetik berkata. "Bukan sahaja timbul kehairanan di kalangan rakyat bahkan di kalangan wartawan yang membuat liputan pertemuan tersebut. "Jika Datin Seri Rosmah mahu membersihkan isu ini beliau perlu menjawab hasil pertemuan itu. "Adakah tindakan Rosmah itu membuktikan bahawa Najib bukan mengemukakan wawasan sendiri malahan mempunyai kaitan dengan isterinya yang cuba campur tangan terhadap pentadbiran negara." Turut berucap di program anjuran PAS Nibong Tebal itu: wakil Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang, CJ Ong; ketua penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim dan pegawai khas menteri besar Kedah, Hasan Abdul di cilok dr http://www.malaysiakini.com/news/107507 mmg kena...mmg tepat.... |
Tuesday, June 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment