Sahabat

Tuesday, August 25, 2009

PAS menang, UMNO kalah Lagi....

7-1 ....hehehehe




PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

bertapa hinanya tentera malaysia disuruh seperti anjing!

Subhanallah!

Teman dengan mata kepala sendiri melihat betapa terhinanya anggota Tentera Malaysia di Permatang Pauh. Kejadian berlaku di sebelah rumah Selangor di Kampung Petani, Bukit Indra Muda.

Dari kejauhan, dapat teman lihat betapa 'tension'nye wira-wira kita terpaksa menjaga jalan untuk membolehkan puteri-puteri UMNO ni buat keje merayu undi rumah-ke rumah!
dengan membawa watak doktor atau pembantu perubatan, mula-mula bukan main banyak beg-beg yang seolah-olah berisi ubat-ubatan.
Akhirnya mereka dok mengusung beras dan pelbagai barang dapur pulak!! aikk?? ini ajaib!!

Sewaktu teman dan beberapa orang sahabat menghampiri ambulan berkenaan, abang askar yang duduk di tempat pemandu seolah-olah mengelak wajahnya dirakam oleh kami! Hampir-hampir pilu teman melihat wajah abang askar tersebut yang jelas amat-amat-amat tidak selesa dengan apa yang dilakukannya itu?
Satu soalan dari teman yang diajukan berulang kali tetapi tidak dijawab langsung oleh geng-geng Puteri UMNO dan abang-abang askar "Macam mana ambulance leh bawak beras lak nih? siap bawak barang dapur lagi???"

kepada rakyat Malaysia, lihatlah pemimpin-pemimpin UMNO sedang mempergunakan segala jentera negara termasuk ASKAR!!! ini adalah sepatutnya menjadi kesalahan maksimum kepada undang-undang negara!
Lihatlah askar yang gagah mengawal keselamatan negara terpaksa menjadi bapuk ditangan Zahid Hamidi!!!

pictures below will tell us thousand words!!!











Credit to: PAS Bukit Beruntung

Thursday, August 20, 2009

PRK lagi ker?

Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah telah menghantar kepada ibupejabatnya di Putrajaya, surat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail berhubung kedudukan anggota DUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif yang didakwa hilang keanggotaannya.

Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan mengenai kedudukan Abu Hassan yang hilang keanggotaan setelah beliau dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lepas.

"Perkara ini akan dikendalikan di peringkat ibu pejabat. SPR mempunyai bahagian undang-undang yang akan meneliti perkara ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Dr Abdul Isa dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kerusi DUN Siputeh itu di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini, pukul 10 pagi esok.

Sebelum ini, negara sudah menyaksikan tujuh pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Manakala pilihanraya kecil kelapan di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang akan berlangsung minggu depan.


http://www.malaysiakini.com/news/110932


kahkahkahka....mcm ner UMNO ni...bnyk gila duit nak dilaburkan ni...kkakahkahkakhaah..

cian tul,...masyuuk ler makcik2...pakcik2 kat sana tuh...kahkahkahkah....xkan nk bg RM200 @ RM 300 jer? Bg ler JAMBAN TAN ker....kahkahkahkahkahk


Ku Li: Apakah Umno kurang calon?


Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka", kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.

Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu.

Menurut Tengku Razaleigh perkara itu seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mana parti politik.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir.

"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai.

"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya.

Menurut Tengku Razaleigh lagi, kejujuran merupakan syarat minimum untuk memegang jawatan awam.

"Apa jua pun kebaikan-kebaiakan yang lain yang dimilik calon berkenaan, beliau tidak boleh dipertimbangkan sekiranya beliau gagal ujian ini.

"Calon yang hendak kita pilih bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yan bersih kerana kita meminta rakyat meletakkan keyakinan mereka kepadanya sebagai pemimpin mereka.

"Dan kerajaan yang demokratik akan runtuh tanpa mendapat keyakinan rakyat," tambahnya.

Oleh itu, Tengku Razaleigh berkata, dengan meletak seorang yang telah dilucut kelayakannya menjadi peguam, maka Umno menonjolkan imej bahawa ia mengamalkan kod moral yang berbeza dengan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

"Satu set peraturan untuk Umno dan yang lain pula untuk orang lain," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/110902


kahkahkahkah....calon mcm ni ler ptt jadi pilihan UMNO...kahkahkahak...mmg UMNO suka sgt org mcm ni...kahkahkahkahkahka

Tuesday, August 18, 2009

Umno gadai tanah Johor kepada Singapura

Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi.

Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta, kata Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Dato� Paduka Ibrahim Ali.

Beliau mendakwa Menteri Petanian dan Asas Tani yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.

�Saya terkejut, rupa-rupanya pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura,� jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, baru-baru ini.

Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar.

Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.

Beliau mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.

�Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya,� jelasnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.

Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dan dukacita setelah enam tahun menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 13 tahun menjadi Ketua Bahagian Umno tidak mengetahui isu tersebut.

Katanya, empangan tersebut dibuat setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.



http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=2279&Itemid=50



patutlah amik calon permatang pasir yg merompak duit koperasi .... pemimpin drg lagi banyak merompak....hehehehe...nak jadi calon UMNO kena pandai merompak duit rakyat..kakakaka...dah xde calon lain ker atau kriterianya adalah perompak...kahkahkahkaahakahak

Politik gila .. gila politik

Politik gila. Rakyat diheret ke gelanggang supaya gila politik. UMNO dengan gila kuasanya. PR pula semakin matang dan bersedia untuk berkuasa. UMNO sedar dan amat sedar yang kuasanya semakin menghampiri sudut sepi di Muzium Negara. Tandanya begitu jelas. Dan tanda-tanda kelemahan kuasa UMNO ini semakin hari semakin ketara.Cuma UMNO masih bernasib baik kerana kematangan PR hanya berkembang mengikut evolusi, bukannya revolusi. Mungkin PR masih berpegang kepada pepatah, biar lambat asal selamat. Atau dengan kata lain yang kematangan ini begitu perlahan kerana masih ada pimpinan utama PR berstail UMNO.

Hari ini iaitu sempena dengan hari penamaan calon PRK Permatang Pasir, UMNO lumpuh dengan pendedahan demi pendedahan rakyat terhadap watak-watak penting UMNO dalam PRK ini. Calonnya Rohaizat Othman tidak lagi diiktiraf sebagai peguam oleh Majlis Peguam. Difahamkan yang Rohaizat telah menyeleweng wang kliennya. Ini membuktikan yang UMNO masih meneruskan tradisi mengangkat pemimpin yang rendah moralnya. Pemimpin yang baik sebenarnya tidak ada tempat dalam organisasi sebesar UMNO.

Muhyiddin yang cuba menjadi hero pembela Melayu 1Malaysia dengan mencerca DSAI sebagai pengkhianat Melayu telah malu alah apabila tindakannya menggadaikan 4000 ekar tanah Johor untuk kepentingan peribadinya telah didedahkan kepada rakyat. Juga dimaklumkan bahawa bukti rakaman perbualan telefonnya masih disimpan. Walaupun Muhyidin berani menyambut saman DSAI, tetapi beliau tidak berani menyaman pihak yang mengatakan bahawa beliaulah pengkhianat rakyat Johor yang pernah dipimpinnya dahulu. Terbaru, Nuri digunakan untuk urusan UMNO. Nasib baik tidak terhempas.

Tidak semena-mena YB Gobalakrishnan diperlakukan oleh polis seperti penjenayah besar di Permatang Pasir. Mata-mata awam dapat menyaksikan begitu bertenaganya mata-mata UMNO menyeret sehingga melondehkan seluar wakil rakyat ini. Inilah realiti politik gila kuasa UMNO. Polis ada pistol dan akta sebagai senjata untuk menakutkan rakyat. Tetapi rakyat ada kamera dan video sebagai senjata untuk merakam tindak tanduk polis Malaysia. Tindakan polis ini akan menambahkan lagi kurangnya kemasukan pelancong asing ke Malaysia. Jikalau rakyat Malaysiapun tidak selamat di negaranya, apatah lagi rakyat asing.

Nun di Kuala Lumpur, inkues Teoh Beng Hock membunuh diri semakin meragukan. Saksi kerajaan berdolak dalik menjawab soalan-soalan Gobind Singh Deo. Nasib baik saksi dibantu oleh peguam dari Pejabat Peguam Negara. Rakyat tidak percaya yang Teoh Beng Hock terjun membunuh diri. Rakyat terutama masyarakat Cina diyakini akan menambahkan bilangan undi mereka kepada PR pada PRU 13 nanti. Dijangka MCA dan Gerakan akan lumpuh menjelang PRU 13.

Seluruh Negara berduka kerana H1N1 telah menjadi wabak penyakit yang masih gagal ditangani oleh UMNO yang ada kuasa. RM30 juta sepatutnya dihabiskan untuk mencari penawar dan membekalkan mask kepada setiap pelajar dan kepada mereka yang berisiko dijangkiti oleh virus influenza A H1N1 ini. Tetapi RM30 juta itu akan dilabur membeli undi di Permatang Pasir. Rakyat juga yang terus terkejat dan binggung dengan sikap boros kerajaan UMNO.

Tetapi, mampukah pimpinan PR di semua peringkat memanipulasikan dengan berkesan akan isu-isu ini? Mampukah wanita PR berganding bahu menerangkan isu ini kepada wanita UMNO? Selagi wanita PKR dan muslimat PAS tidak boleh seiringan kempen, selagi itulah wanita UMNO sukar untuk didekati. Ketahuilah yang UMNO hanya bernafas pada hidung wanitanya.


http://jantantuya.blogspot.com/2009/08/politik-gila-gila-politik.html

Calon UMNO penyamun RM 140 000?

LOYAR BURUK DENGAN KES 140,000 RINGGIT

Mengikut Ragunath Kasavan President Majlis Peguam Rohaizat Othman yang menjadi calon BN bukanlah seorang peguam. Rohaizat telah dinafikan haknya untuk menjadi peguam kerana ada kes penyelewangan 140,000 ringgit.

Duit 140,000 ringgit ini adalah duit Koperasi Pekebun Getah.

Kesalahan ini jatuh dalam Bahagian 103D Akta Guaman 1976 tentang salah laku dan tindak tanduk peguam.

Hak Rohaizat untuk menjalankan kerja guman telah dibatalkan semenjak 7 March 2008.

Rohaizat telah merayu ke atas keputusan Majlis Peguam di Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu. Rayuan Rihaizat telah ditolak.

Menurut Presiden Majlis Peguam – tuduhan salah dari Koperasi Pekebun Getah ini ditujukan kepada Rohaizat dan bukan kepada rakan dari syarikat guaman mereka.

Menurut Ragunath duit 140,000 ringgit ini lesap. Tidak ada rekod wang ini dipulangkan kembali kepada tuan empunya. Kalau pun telah dibayar kembali kesalahan jenayah telah dilakukan terhadap anak guaman.

RUPA RUPA NYA ADA KES SONGLAP

PILIH PUNYA PILIH TERPILIH LOYAR BURUK…

INI BETUL BETUL KES LOYAR BURUK….

MACAM MANA NAK JADI PEMIMPIN….



Nota:
Fakta ini tidak akan dilaporkan
oleh media Melayu arus perdana.
Media melayu arus perdana hanya
ingin membodohkan orang melayu.


http://muslimeen-united.blogspot.com/2009/08/calon-umno-penyamun-rm-140-000.html


UMNO kena ler letak penyamun....itu kriteria penting nak jadi pemimpin,...kahkahk

Sunday, August 16, 2009

Derma RM10 juta: Muhyiddin didakwa takut ketelusan

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Tindakan terdesak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melarang Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berperang secara terbuka menerusi media mendedahkan lagi pekung yang selama ini disorok oleh Barisan Nasional (BN).

"Percubaan yang baik, Muhyiddin. Tetapi, setelah rakyat mendengar dakwaan Tiong bahawa beliau memberi RM10 juta kepada Ong, kini mereka hendak tahu pula siapa lagi yang mendapat habuan?

"Adakah pemimpin Umno juga dapat duit seperti itu? Adakah mereka mendapat habuan lebih besar?" kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai perisytiharan yang jelas bahawa kerajaan BN enggan mengamalkan ketelusan.

"Kalau ada dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan BN kononnya mengamalkan ketelusan, kenyataan Muhyiddin itu dengan jelas membuktikan bahawa dakwaan tersebut adalah pembohongan besar.

"Mereka sebenarnya amat takut kepada ketelusan. Muhyiddin sendiri yang mendedahkan pekung itu," kata Mohamad.

Kedua-dua tokoh penting BN itu terbabit dalam perbalahan secara terbuka mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) apabila Tiong mendakwa Ong yang juga Presiden MCA, menerima RM10 juta daripadanya.

ImageTiong (gambar) ialah Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, iaitu pemaju PKFZ.

Beliau mendakwa, wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000bagi perkhidmatan tersebut.

Faizal juga ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar.

Ong membalas dakwaan itu dengan membuat laporan polis terhadap Tiong dan mengadakan sidang akhbar mengenai tindak balasnya itu.

Ong juga mahu menyaman Tiong jika bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP) itu tidak menarik balik tuduhan tersebut.

Tidak gentar dengan tindakan Ong itu, Tiong berkeras tidak mahu menarik balik kenyataannya.

Beliau juga mengalu-alukan laporan polis yang dibuat oleh Ong.

"Beliau boleh teruskan dan saman saya," tegas Tiong yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Beliau juga enggan memohon maaf kepada Ong.

"Kenapa saya harus memohon maaf?" soal beliau. "Atas alasan apa saya harus memohon maaf?"

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan.

Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.

KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 sehingga 2003

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.


kesimpulannya....semua tunding menunding jer...kahkahkahk....UMNO dan Barisan Nasional le

yg dok merompak kekayaan Malaysia nih.......kahkahkah...rakyat gigit jari ler....last skali kot2 xde tindakan yg diambil lak nnti...kahkahkakah..........

Tuesday, August 11, 2009

KENAPA TIADA KEMATIAN AKIBAT H1N1 DI INDONESIA BERBANDING MALAYSIA ?

Enam lagi menjadi korban selesema A (H1N1), menjadikan jumlah semuanya 32 orang sejak kes pertama 23 Julai lalu.Semalam lapan disahkan mati akibat virus wabak tersebut.

Keenam-enam kematian itu antara 203 kes terbaru yang dilaporkan hari ini - kenaikan kes tertinggi dalam satu hari - menjadikan jumlah keseluruhannya 1,983 kes
Ketua pengarah kesihatan menjelaskan, angka kematian terbaru itu merujuk satu kes yang berlaku semalam, manakala selebihnya kematian lebih awal yang hanya disahkan pada 7 dan 8 Ogosazlan.
"Empat daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko. Tarikh kematian sebenar seperti berikut: 5 Ogos (2 dua), 8 Ogos (3 orang) dan 9 Ogos (seorang)," kata Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Seramai 67 pesakit kini sedang dirawat di hospital dan seramai 15 lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Enam di unit tersebut mempunyai risiko iaitu penyakit kronik (3 orang), obesiti (1), selepas hamil (1) dan bayi (1).

Dr Mohd Ismail menambah, mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan influenza A (H1N1) diminta segera mendapatkan rawatan.
"Rawatan anti-virus akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula," katanya.
"Berikan perhatian kepada tanda-tanda amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit-birit yang kerap.
"Dapatkan rawatan segera apabila mengalami tanda-tanda tersebut."

http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/2009/08/kenapa-tiada-kematian-akibat-h1n1-di.html

Friday, August 7, 2009

Snapped belt may have caused Teoh's death, inquest told

SHAH ALAM, Aug 6 – Government DNA expert Dr Seah Lay Hong told the coroner's court today that instructions from police investigators did not include checking the possibility of Teoh Beng Hock being murdered and had not been specifically considered in her analyses.

But she acknowledged one hypothesis surrounding Teoh's death – that unknown men could have held the DAP political aide by his belt which snapped and caused him to fall to his death.

Dr Seah said, however, that she had not been given access to photographs taken of Teoh showing the position of his body after his fall, and had to resort to her own theories to determine the cause of his death.

Under intensive questioning from lawyer Gobind Singh Deo, who represents Teoh's family, the DNA scientist said she had to form her own “hypotheses” on where to swab for possible human contact to find out if there had been foul play in how the 30-year-old died.

Dr Seah had tested 157 people to find a match to at least two unidentified men whose DNA profiles had been found on certain parts of the jacket and trousers worn by Beng Hock when he was found dead.

In her analysis, she noted that none of the DNA from the 157 tested matched those of Mr X, whom she had named in her report as “Male 1”. Nor did they match that of Mr X2, whom she did not name in her report.

Dr Seah noted that there was a possibility of more than two unknown males involved. In her analysis, swabs taken from a torn belt worn by Beng Hock revealed a mixture of male DNA specimens, in which she could make only the DNA profiles of Mr X – or “Male 1” as she put it – and at least one other male whose identity is unconfirmed.

Gobind then suggested to Dr Seah that one of the possible ways Beng Hock died was if he had been held by several men by his belt, which then snapped causing him to fall to his death.

“That is one of the many possibilities,” she said.

However, in answer to a question from lawyer Rajpal Singh, who is holding a watching brief for the Bar Council, Dr Seah explained to the inquest that the belt worn by Teoh bore an “irregular tear”, which showed it had not been cut by a sharp object.

The chemist, who holds a PhD in forensic DNA, said the police investigating officer (IO) ASP Ahmad Nazri Zainal had told her Teoh had been interrogated by MACC officers before he died; and that his “fall could be accidental or not accidental.”

Dr Seah was the ninth witness called to the stand since the inquest started last week. She was subjected to a severe grilling from Gobind.

Gobind: Did the IO tell you he was interrogated and he could have been murdered? Dr Seah: Not in so many words.

Gobind: You mean in less words?

Dr Seah: No. He didn't say murder. It could be accidental or not accidental.

Gobind: If not accidental, doesn’t that mean murder?

At this point, Tan Hock Chuan, a former deputy public prosecutor appointed to lead the Attorney General’s team to aide the coroner in the inquest cut in. He strongly objected Gobind's line of questioning and pointed out that “a fall that is not accidental may mean murder and may mean something else.”

Questioned further, she also admitted that the results of her analysis does not conclusively absolve the 157 people she had tested from having a hand in Beng Hock's death.

Because of that, Gobind contends that she failed to conduct a thorough check on Beng Hock's body and clothes for other foreign matter.

Dr Seah admitted she only swabbed certain areas, based on instructions given by police, thereby limiting the scope of investigation into the causes of Teoh's death.

“The scope of investigation is very narrow and did not include that all open possibility that there was a murder,” Gobind told reporters after the coroner adjourned the inquest.

“Whatever hypothesis she was working on could not have been effective because she did not have sight of photographs which clearly showed the deceased in the position he died,” he added.

“The 157 who were tested have been absolved only because their DNA were not found but this does not mean that they are not involved. And she agreed with that,” Gobind pointed out.

But Dr Seah, who in reply to an earlier question from Tan, said she had followed the Chemistry Department's procedures in her examinations.

Pressed if it was “normal” for the IO to supply her with photographs showing the position of a dead body to help her form her conclusion, she promptly said it was “not normal to submit photos.”

“Did the IO tell you the deceased was interrogated by SPRM officers and after interrogation, suicidce was possible? Did he say that?” Tan probed, referring to the anti-graft officers by their Malay initials.

“Yes,” Dr Seah replied.

A total of 40 items sealed by the government Chemistry Department, which were taken from Teoh and from the scene of death and used in the toxicology, criminology and DNA tests, were presented as case exhibits in the coroner’s cort today.

Among them were a snapped wristwatch, parts of a window latch and various articles of Teoh’s last worn clothing, which included his bloodstained shirt and jacket to his socks and underwear.

Magistrate Azmil Muntapha Abas, who is acting as coroner, will continue the inquest tomorrow morning with a visit to where Teoh’s body was found sprawled at Plaza Masalam, less than a kilometre away from the courthouse here.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/34420-snapped-belt-may-have-cause-teohs-death-inquest-told-

Saksi: Teoh mungkin dipegang lebih 2 orang sebelum jatuh

SHAH ALAM: Saksi kesembilan inkues kematian Teoh Beng Hock, Dr Seah Lay Hong mengesahkan terdapat sekurang-kurangnya tiga sampel DNA lelaki yang tidak dikenali diambil daripada kesan tali pinggang yang terputus milik si mati.

Semasa memberi keterangan kepada mahkamah hari ini, Dr Seah juga tidak menolak kemungkinan bahawa Teoh telah dipegang oleh lebih daripada dua individu lain sebelum terjatuh dari tingkat 14 bangunan Plaza Masalam dekat sini.

Beliau sebelum itu menjawab soalan peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo berhubung laporan ujian DNA yang dilakukannya keatas tali pinggang milik si mati yang menyebut terdapat sekurang-kurangnya satu lagi DNA lelaki yang tidak dikenali.

"Apa maksud anda dengan mengatakan sekurang-kurangnya?" soal Gobind.

Kemudian Dr Seah menjawab: "Ya, jumlah yang kecil atau juga mungkin lebih... bagaimanapun jika nak katakan ada DNA keempat, ia mungkin agak lemah."

Dr Seah merupakan seorang pakar DNA yang berkhidmat di Jabatan Kimia Malaysia.

Beliau adalah salah seorang daripada tiga ahli kimia yang dipanggil hari ini sebagai saksi.

Minggu lalu Mahkamah Majistret Shah Alam diberitahu bahawa satu sampel DNA milik seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui di bahagian belakang kot dan tali pinggang Teoh.

Peguambela dan peguamcara, Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan ketika prosiding inkues minggu lalu berkata, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian luar kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Gobind kemudiannya bertanya kepada Dr Seah sama ada beliau turut menjalankan ujian terhadap baju atau barang-barang lain yang dibekalkan kepadanya terutamanya di bahagian pinggang, beliau berkata ujian tidak dilakukan secara keseluruhannya.

Jelas Dr Seah, beliau menjalankan ujian DNA terhadap bahagian-bahagian tertentu pada pakaian si mangsa yang tidak terdapat kesan darah.

Gobind terus mengasak Dr Seah dengan soalan sama ada beliau yang mempunyai kepakaran mengenai DNA tidak berusaha untuk mendapatkan rakaman foto kedudukan si mati ketika ditemui bagi memberi gambaran yang jelas.

"Tadi kamu kata berdasarkan hipotesis kamu, didapati si mati mungkin dipegang oleh lebih daripada dua orang sebelum terjatuh.

"Jadi mengapa kamu tidak minta dibekalkan foto rakaman si mati ketika ditemui daripada pegawai penyiasat agar kamu boleh buat hipotesis dengan lebih jelas?" soal Gobind.

Dr Seah kemudiannya menjawab: "Saya tidak dibekalkan dengan foto-foto berkenaan".

Gobind bagaimanapun mempersoalkan mengapa Dr Seah tidak berusaha untuk mendapatkan foto-foto berkenaan jika ia boleh membantu beliau memberi gambaran yang lebih jelas.

"Saya hanya jalankan ujian terhadap barang-barang kes yang dibekalkan kepada saya, saya tak minta foto-foto berkenaan kerana saya fikir ia mungkin rahsia bagi kes ini," tegas Dr Seah.

Gobind kemudiaanya naik berang dengan bertanya: "Kamu tak cuba minta, bagaimana kamu nak tahu sama ada ia rahsia ataupun tidak?"

"Setuju ataupun tidak jika saya katakan dengan adanya foto-foto berkenaan ia akan lebih membantu anda membuat hipotesis terhadap kes ini?"

Jawab Dr Seah: "Ya setuju, tapi saya tidak dibekalkan."

Dr Seah kemudiannya lantas bertanya kembali kepada Gobind: "Boleh saya tahu adakah terdapat bahagian-bahagian tertentu yang saya tak jalankan ujian DNA dalam konteks kes ini?"

Soalan spontan Dr Seah itu mengundang gelak tawa sidang mahkamah termasuk Koroner Azmil.

Kemudian Tan bangun bertanya kepada Dr Seah sama ada penyerahan rakaman foto si mati kepada ahli kimia sepertinya yang bertanggungjawab untuk menjalankan ujian DNA merupakan sesuatu prosedur normal.

Dr Seah berkata: "Tidak... ia bukan sesuatu yang normal."


http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/6/mstar_berita/20090806190442&sec=mstar_berita


Hmmmmmm......semakin menarik nih...

Thursday, August 6, 2009

Suhakam Selar Polis-Sanggah Magaran



Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menyelar tindakan polis yang melanggar hak asasi manusia kerana menjalankan tugas secara membabi-buta sedangkan tindakan yang relevan boleh diambil sebelum ibu negara menjadi tunggang-langgang pada 1 Ogos lalu.

Itu jawapan yang diberikan SUHAKAM apabila polis dan Unit Simpanan Persekutuan yang bertindak kasar kepada mereka yang mengadakan perhimpunan bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) .

Polis mendakwa perhimpunan itu mengancam keselamatan negara lantas bertindak tidak mengeluarkan sebarang permit terhadap perhimpunan itu.

Datuk Dr Denison Jayasooria, Pesuruhjaya SUHAKAM berkata, ada cara yang lebih tepat bagi menangani keganasan 1 Ogos dari berlaku.

" Kalau kita berhentikan mereka dengan menggunakan air dan gas dan sebagainya, maka itu akan menimbulkan suasana yang kelam kabut dan akan memberikan impak yang negatif di persada dunia kerana aktiviti yang berlaku pada hari itu disaksikan di dalam berita dunia kerana ia keluar di internet, News Media Global. Maka, kita kena beri sedikit laluan kepada kebebasan supaya rakyat termasuk pembangkang atau masyarakat madani atau sivil society, boleh menyuarakan hak mereka dan ia boleh berlangsung dengan aman"

SUHAKAM mengulangi pendirian suruhanjaya itu bahawa rakyat tanpa mengira perbezaan politik harus diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka selaras dengan jaminan Fasal 10 Perlembagaan Malaysia.

Pesuruhjaya Datuk Dr Denison Jayasooria ketika dihubungi JUGA berkata, hak rakyat untuk berhimpun dan mengadakan perarakan secara aman termaktub dalam perlembagaan di negara ini dan hak tersebut tidak boleh disangkal oleh sesiapapun.

" Ini adalah kebebasan yang polis dan kerajaan perlu hormati tetapi di mana-mana situasi di mana kumpulan yang membuat demontrasi tidak memberi kesan seperti keganasan, jika memberi keganasan, maka itu tidak digalakkan dan tidak boleh dibuat. Dari perspektif hak asasi manusia dan prinsip demokrasi, perhimpunan adalah cara yang digunakan di seluh negara kecuali ada keganasan seperti berlaku pembakaran bas dan sebagainya. Itu tidak boleh digalakkan. Apa yang kita lihat di negara kita, di mana permit perlu diambil yang terletak dalam akta polis dan sebagainya. Permit perlu diambil sebelum mengadakan apa-apa perhimpunan dan di sini saya nak nasihatkan kepada pegawai-pegawai polis supaya memberi sedikit laluan kepada perhimpunan aman di dewan, di stadium atau di mana-mana supaya polis boleh mengawal,trafik dan sebagainya"

Malah merujuk kepada apa yang berlaku pada 1 Ogos lalu, Denison berkata, telah berlaku keganasan yang dicetuskan oleh polis dan FRU sendiri dan bukannya dari mereka yang berhimpun.

Lantaran itu, ia jelas menyangkal kenyataan Penasihat Undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mendakwa, perhimpunan yang berlangsung di tiga tempat di ibu negara pada 1 Ogos lalu iaitu di kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara untuk menghantar memorandum kepada yang DiPertuan Agong sebagai perbuatan yang mencabuli lima hak warganegara yang digariskan oleh perlembagaan oleh Gerakan Mansuhkan ISA terbabit.

Mereka tidak melakukan sebarang keganasan, mereka tidak bersenjata tetapi kehadiran mereka disambut dengan ledakan gas pemedih mata, air yang bercampur kimia dan tangkapan secara rawak yang tidak mengenal siapa mangsanya termasuk ADUN, kanak-kanak dan peguam yang sedang menjalankan khidmat sosial.


http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/08/suhakam-selar-polis-sanggah-magaran.html

Pegawai SPRM terakhir lihat Teoh hidup, beredar jam 6.10 pagi

Terdapat 10 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada dalam pejabat SPRM Selangor antara jam 8 malam 15 Julai hingga 8 pagi 16 Julai - hari Teoh Beng Hock ditemui mati.

Mereka termasuk seorang penolong pengarah SPRM negeri, yang tidak disebut namanya, yang dilihat meninggalkan bangunan itu antara jam 4 pagi hingga 8 pagi 16 Julai.

Selain pegawai kanan berkenaan, yang lainnya dipercayai dua atau tiga pegawai yang menyoalsiasat Teoh dan seorang pegawai yang merakam kenyataannya.

Juga terdapat seorang pegawai yang memakai baju hitam biasa - dipercayai orang terakhir melihat Teoh masih hidup - beredar pada jam 6.10 pagi.

Butir-butir tersebut dinyatakan sewaktu inkues kematian Teoh tengahari tadi oleh dua pengawal keselamatan yang bertugas pada malam berkenaan di Plaza Masalam, tempat terletaknya pejabat SPRM Selangor.

Teoh, yang dipanggil ke pejabat SPRM Selangor untuk disoalsiasat pada 15 Julai, ditemui mati pada hari berikutnya di koridor tingkat lima bangunan tersebut.

Dia dipercaya jatuh dari tingkat 14 bangunan tersebut, tempat dia disoalsiasat.

Dua pengawal keselamatan - Wan Rosli Wan Adam (saksi kelima) dan Abdul Rahman Rahim (saksi keenam) - mengecam pegawai-pegawai SPRM itu dari gambar yang diambil dari rakaman CCTV dari kaunter lobi Plaza Masalam antara waktu tengah malam dan 8 pagi 16 Julai.

Mereka menjawab soalan dari peguam Tan Hock Chuan, yang mengetuai pasukan pendakwaraya dari pejabat peguam negara yang turut dianggotai DPP Mohd Abazafree Mohd Abbas.

Dalam satu rakaman yang ditunjukkan kepada Wan Rosli, Teoh dilihat berjalan di lobi antara tengah malam dan jam 4 pagi.

Satu lagi gambar juga dikenalpasti oleh Wan Rosli diambil sewaktu dia bertugas dan menunjukkan empat pegawai SPRM bersama seorang lelaki Cina (bukan Teoh) masuk ke bangunan tersebut pada kira-kira jam 12.52 pagi.

http://www.malaysiakini.com/news/109987

Sah pelantar Cakrawala berada di perairan Kelantan

TUMPAT, 5 Ogos (Hrkh) - Kini sah kedudukan pelantar minyak Cakrawala hanya terletak 153 kilometer dari pantai di Pengkalan Kubur.

Jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Perkara itu disahkan anggota Exco, Dato' Husam Musa yang mengetuai ekspedisi ke pelantar minyak Cakrawala semalam.

Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali.

Pelantar berkenaan iaitu dikenali sebagai Lawit, Bintang dan Jernih. Dan ia disahkan juru ukur perunding yang juga menyertai ekspedisi tersebut.

Husam berkata, sebaik sahaja sampai ke kawasan pelantar berkenaan, operasi mengukur dijalankan menggunakan alat khas.Image

"Alhamdulillah dari Pengkalan Kubur jaraknya hanya 153 kilometer. Kedudukannya memang terletak dalam perairan Kelantan.

"Dan pada masa yang sama terdapat tiga lagi telaga yang begitu hampir dengan perairan Kelantan iaitu hanya 68 batu daripada pantai Tok Bali," katanya pada persidangan media selepas menyambut ketibaan dua lagi bot yang menyertai ekspedisi terbabit.

Mengikut peta tersebut katanya, pelantar Lawit, Bintang dan Jernih sememangnya terletak dalam perairan Kelantan.

"Dengan ini terbukti telaga serta pelantar minyak berkenaan terletak dalam perairan Kelantan.

"Dan tidak ada sebab lagi kerajaan pusat berdolak dalih tentang royalti yang sememangnya menjadi hak rakyat di negeri itu," ujarnya.

Sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak memaklumkan kerajaan pusat akan mengkaji balik royalti kepada Kelantan mengikut undang-undang.

ImageOleh itu Husam berkata, kajian undang-undang mengenai perkara itu tidak sepatutnya melebihi dua bulan kerana terdapat ramai pakar perundangan di Kuala Lumpur.

"Sekarang baru bulan Ogos, ada hampir sebulan Ramadan, jadi kerajaan pusat sepatutnya menyerahkan royalti berkenaan Ramadan bagi membolehkan ia diagihkan kepada rakyat," ujarnya.

Beliau juga berkata, juru ukur akan membuat laporan kepada kerajaan negeri mengenai kedudukan sebenar pelantar berkenaan.

Pengerusi Petronas pertama, Tengku Razaleigh Hamzah pernah memberitahu Kelantan berhak menerima royalti 5 peratus memandangkan kedudukan pelantar di kawasan perairan negeri ini. - mj _


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22046&Itemid=1


Sepatutnya Kerajaan Pusat berlaku adil...disini telah menampakkan yg "1Malaysia" hanya rebranding sahaja...

Jeff Ooi biadap tuduh JIM 'ekstremis agama'

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Atas kebiadapannya menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai 'ekstremis agama', Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi, digesa menarik balik kenyataannya itu dan memohon maaf secara terbuka kepada bandan berkenaan termasuk Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR Mohd. Razali Abdullah.

ni berikutan kenyataan yang dibuat oleh Jeff Ooi, merangkap Ketua Staf Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan di dalam akhbar the Star Ahad lalu di mukasurat N12.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Nordin mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan, tohmahan dan dakwaan yang disifatkan terlalu dangkal kerana keangkuhan yang melampau.

"Jemaah Islah Malaysia adalah sebuah badan NGO berteraskan Islam yang menjadi badan naungan beribu-ribu pelajar Muslim Malaysia terutamanya yang belajar diluar negeri.

"JIM tidak ada kena mengena dengan Kumpulan JI yang difitnah dan ditohmah sebagai sebuah badan teroris oleh Barat dan yang sewaktu dengannya," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Kata Zulkifli kebanyakan pelajar Muslim Malaysia yang belajar di luarnegeri akan menjadi ahli kepada beberapa gerakan dan NGO Islam samada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Jemaah Tabligh Malaysia ataupun Kelab Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan lain-lain.

Katanya lagi Jeff Ooi menuduh seseorang Muslim sebagai ekstremis kerana "bercita-cita untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang menerimapakai undang-undang syariah sepenuhnya" adalah satu pertuduhan yang biadap dan melampau.

Setiap muslim yang beriman katanya, samada di Malaysia atau di mana juga didunia ini, sudah pasti akan mempunyai cita-cita seperti itu namun cara dan mekanisma untuk mencapainya sahaja yang berbeza.

"Sebenarnya sikap yang ditunjukkan oleh YB Ooi dalam mengeluarkan kenyataan tersebut menyerlahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang ekstremis," katanya.

Dalam pada itu, Presiden JIM, Jamaluddin Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa Ooi sudah jauh tersasar dan melampau sehingga menuduh badan itu sebuah organisasi yang extremis di samping mengheret JIM dalam isu perbalahan antara ahli parlimen itu dan Razali Abdullah.

"Kami ingin jelaskan bahawa syariah adalah sistem bermatlamatkan keharmonian dan keamanan kepada dunia dan manusia.

"Dan cita-cita suci kami ini seiring dengan apa yang ingin dicapai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan NGO Islam yang lain,"katanya sambil menggesa Ooi menarik balik kenyataan tersebut.- azm _


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22039&Itemid=1



Tuesday, August 4, 2009

Perang dah meletus. YB Datuk Dr. Hassan Ali v. YB Ronnie Liu

Salam 2 all.

Belum pun reda isu YB Azmin Ali, Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Gombak & ADUN Bukit Antarabangsa yang mendesak supaya barisan exco Kerajaan Selangor dirombak, kini meletus pula isu baru. Desakan YB Azmin tersebut dipercayai kerana terdapat persepsi dikalangan masyarakat umum khususnya dikalangan ahli perniagaan di Selangor bahawa kalau mahu mendapat sesuatu perkara bergerak di Selangor, "jumpalah dua tiga Exco ni, sure lulus punya!!".

Hari ini Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ADUN Gombak Setia merangkap Exco Hal Ehwal Islam & Infrastruktur Kerajaan Negeri Selangor, YB Datuk Dr Hassan Ali dalam kenyataannya secara terbuka mendesak supaya YB Ronnie Liu (DAP) digugurkan daripada barisan Exco kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada masyarakat umum.

YB Dr Hassan Ali secara khusus merujuk kepada tindakan YB Ronnie yang sering campur tangan dalam urusan pihak berkuasa tempatan. Kenyataan terbuka YB Dr. Hassan Ali itu berpunca daripada tindakan YB Ronnie mengarahkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) memulangkan minuman keras yang telah dirampas daripada peniaga-peniaga yang melanggar peraturan.

Baru-baru ini YB Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) mendedahkan bagaimana terdapat ahli Exco yang dikaitkan dengan kumpulan samseng hingga ada yang mendakwa pejabat Exco tersebut turut dijadikan tempat pertemuan dengan kumpulan-kumpulan samseng tertentu. Akibat kenyataan itu, YB Ronnie Liu telah membidas YB Wee Choo Keong walaupun YB Wee langsung tidak menyebut nama beliau atau mana-mana ahli Exco.

YB Ronnie Liu juga mempunyai kes pertuduhan jenayah di Mahkamah kerana didakwa menghalang penjawat awam dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2007.

Melihat kepada keadaan ini, saya mengambil pendirian bersetuju dengan desakan YB Datuk Dr. Hassan Ali supaya YB Ronnie Liu segera meletakkan jawatan. Kehadiran beliau kini adalah satu liabiliti kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Sekiranya beliau enggan meletak jawatan, saya mendesak YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor supaya mengambil langkah segera menggugurkan YB Ronnie Liu daripada barisan Exco Kerajaan Selangor, sebelum rakyat mengambil tindakan menggugurkan Kerajaan Pakatan Rakyat pula.

Zulkifli Bin Noordin

Selasa 13 Sya'ban 1430 / 04 Ogos 2009

Pada aku...baik ronnie liu letak jawatan...ini kerana akan mengundang persepsi negatif dikalangan rakyat marhean......

The problem with the MACC

By Deborah Loh
deborahloh@thenutgraph.com

RUSHED through Parliament in haste, it was only a matter of time before weaknesses in the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Act would emerge.

Tragically, it took a death to re-open the debate on an institution formed only six months ago.

Back when the MACC Bill was being debated, there appeared to be little fuss about the lack of procedures for the arrest and interrogation of persons. The prevailing concern was over the MACC's independence. Objections were raised against the commission's deference to the Attorney-General because Section 58 of the Act states that charges can only be pressed with the public prosecutor's consent.

Teoh Beng Hock's death has thrown a spotlight on a lacuna in the MACC Act with regards to how and when detainees are to be questioned. Even laws governing the police are better, some lawyers are now saying. Indeed, the MACC Act contains little in the way of the Criminal Procedure Code (CPC) and the Police Lock-up Rules in terms of defining a detainee's or suspect's rights.

Clear abuse

Does this lack of specifics give MACC officers free reign to question a witness, or even a suspect, into the wee hours of the morning?

In such cases where an Act is silent on those rights, other laws on the subject should apply, says the Bar Council's criminal law committee head, Rajpal Singh.

"This is understood from all previous case laws. If all other laws are silent, you then refer to common law principles in England," he tells The Nut Graph in a phone interview.

The relevant laws would be Rule 20 of the Police Lock-up Rules 1953, and Section 28 of the CPC. The first stipulates that detainees should be kept behind bars from 6:30pm to 6:30am. In other words, no interrogation should be carried out during this time, and detainees are allowed to rest. In the CPC, a person arrested must be told of the grounds of arrest, be allowed to contact a relative, friend or family member, and be given access to a lawyer at the place of detention.


Baljit (Pic courtesy of Baljit Singh)
Criminal lawyer Datuk Baljit Singh Sidhu says MACC has "clearly abused its power" in Teoh's case. "If these are the rules for suspects, what more for a witness? If MACC says he was a witness, why was he detained until 3:45am? That in itself is already fatal on MACC's part," Baljit, who is also Federal Territory Gerakan's legal adviser, tells The Nut Graph.

Hence, the suit filed by Kajang municipal councillor Tan Boon Wah against the MACC for illegal detention will be a good test case, notes Rajpal. Tan says he was held for questioning from 8:30pm to 1:35pm the following day. His suit is on the grounds that he should only be questioned during government working hours from 8:30am to 5pm, even though the MACC Act doesn't stipulate a time frame.

"How will the court decide on this lacuna? Will it consider the Police Lock-up Rules applicable? Tan's suit is crucial because what the court decides will apply to Teoh's case," Rajpal says.

Other weaknesses

While Teoh and Tan's cases involve interrogation procedures, other parts of the MACC Act are also now up for scrutiny. Lawyers feel that Section 53 on the admissibility of any statement by accused persons as evidence in a trial should also be amended.

The context for admissibility is wide under Section 53, unless the court feels that statements were made under duress. Whether or not it was meant as a confession; whether in writing or orally; whether made in the course of investigations or not; whether before or after the person is charged; whether it was said directly to, or in the hearing of a commission officer — the statement can be used by the prosecution against an accused. Statements by a witness may be used to cross-examine him or her.

Allowing statements in trial under such a broad context moves the MACC Act away from the spirit of the 2006 amendments to the CPC to stop the use of cautioned statements in criminal trials. Amendments or a repeal of Section 113 of the CPC were recommended by the Parliamentary Select Committee on criminal law, and by the Royal Commission to Enhance the Operation and Management of the Royal Malaysian Police before that.

There was recognition that cautioned statements and confessions could have been obtained under threat or by force. The tendency to rely on them to secure convictions was also causing the quality of investigative work to deteriorate.

Interrogation room: image of an empty chair in a dark room
(Pic by pmdash / sxc.hu)

In fact, Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail had, in August 2005, directed all deputy public prosecutors to stop using cautioned statements and confessions in criminal trials. Section 113 was subsequently amended the following year. Now, statements made to a police officer during investigations can only be used in defence, but not as evidence by the prosecution.

"However," Rajpal points out, "this is not applicable to the MACC Act, which has its specific provisions under Section 53. The same section also allows your silence to be used against you, as corroborative evidence against the accused."

Baljit adds that such law is not in line with parliament's intention when the CPC was amended. "Convictions should be based more on evidence instead of relying on statements."

No check and balance

Opposition parliamentarians have objected to the lack of oversight for the MACC which is not accountable to Parliament the way the Malaysian Human Rights Commission (Suhakam) is. Instead, MACC has five monitoring committees, apparently to demonstrate its independence from the executive.

They are the Anti-Corruption Advisory Board, Special Committee on Corruption, Operations Review Panel, Corruption Prevention and Consultative Council, and the Complaints Committee.

However, the effectiveness of these committees in checking the MACC has so far been doubtful. Nothing was said when Umno member Halimi Kamaruzzaman claimed physical abuse at the hands of MACC officers in January 2009 while being questioned in connection with a money politics case.

Even Teoh's death, a public interest issue, has not yet been discussed by the committees, advisory board member Tan Sri Simon Sipaun tells The Nut Graph on 29 July.


Sipaun
"Our role as advisors is not proactive enough, and I intend to raise this in the next meeting. I get the impression that MACC officers can be rather defensive; they argue that the law allows them to do this or that. But I don't think it's the intention of the law to be used in a way that causes harm to people," he says.

Indeed, the roles of the advisory board and committees as spelt out in Section 13 of MACC Act appear rather passive in nature. The advisory board is to "receive, scrutinise and endorse proposals from the commission". The advisory role is limited to dealing with corruption as a problem per se.

Head of the Operations Review Panel Tan Sri Hadenan Abdul Jalil tells The Nut Graph: "Let's wait for the Royal Commission of Inquiry to make its recommendations, and then the advisory panel can help the MACC to implement them."

Remove immunity

In the absence of an effective check-and-balance system, lawyers like Baljit feel the ouster clause in Section 72, which provides immunity to MACC officers from legal action, should be repealed.

"They can't be sued unless they acted in bad faith, which is difficult to prove," Baljit notes. The suit filed by Kajang municipal councillor Tan will be a test case of this provision.

Both Baljit and Rajpal hope the Royal Commission of Inquiry into MACC's investigation procedures will look into the abovementioned aspects. Both also feel that the inquiry's scope should be expanded to probe Teoh's death, instead of leaving it to a separate inquest.

"There are so many unanswered questions on the procedures taken, and they are all related to the death," says Rajpal.

"We are paying the price of rushing the MACC bill through Parliament," adds Baljit.

And Sipaun says, "Common sense and respect for fellow human beings tells us that when a person is only a witness, he shouldn't be held overnight. Public perception of the MACC is very bad now. I haven't met a single lay person who has good things to say about the MACC."


http://www.thenutgraph.com/problem-with-macc

Six words on MACC

By The Nut Graph team
editor@thenutgraph.com


Plaza Masalam in Shah Alam
THE Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has come under considerable flak this past week, most severely with the death of Selangor state government aide Teoh Beng Hock. On 16 July 2009, Teoh was discovered dead on the fifth floor of Plaza Masalam, Shah Alam, after a gruelling interrogation lasting more than 10 hours until 3.45am at the Selangor MACC premises.

How did his death occur? This is still unknown, though police are not ruling out foul play. While theories as to the cause of Teoh's death abound, it is perhaps prudent not to jump to conclusions, but remain focused on a solid principle: the MACC's lack of procedural parameters or its non-adherence to standard operating procedures, should they exist.

Why was there not greater security at the MACC's office? Why was the welfare of those under the commission's custody treated in such a cavalier way, to the extent that a death occurred under its watch?

Is the MACC empowered to conduct interrogations — whether with witnesses or suspects — way past 3am, and for such a long duration? Even in police lockups, there is the 6am-to-6pm rule, the stipulated timeframe for suspects to be questioned.

What about the allegations made by Kajang municipal councillor Tan Boon Wah, who had also been interrogated by the anti-graft agency? On 17 July, Tan revealed that investigating MACC officers forced him to stand for four hours, threatened to "take away my wife", and called him "Cina bodoh".

It should be remembered that Tan's claim is not the first time the MACC has been accused of thuggery. In a joint statement calling for a royal commission of inquiry into the "first political death under (Prime Minister) Datuk Seri Najib Razak", civil society groups pointed out the case of Maran Umno committee member Halimi Kamaruzzaman.

Halimi had alleged that he was roughed up and forced to strip by MACC officers, in an investigation targeting Federal Territory Umno chief Datuk Mohamad Norza Zakaria.

The corruption inquest into Norza — as with the investigation into Selangor executive councillor Ean Yong, whom Teoh was an aide to — is widely believed to have been politically motivated. While the anti-graft commission has opened 533 investigations since January 2009, it is difficult for the MACC to shrug off accusations that it is partial to certain quarters of the political divide.

Image of a cow and car
(Pic by tm-tm @ Flickr)
One need only look back to its speedy, almost self-satirising investigation into Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim's cows and cars. Contrast that to the commission's failure to act into obviously suspicious circumstances, such as those of former Selangor Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo's palatial mansion in Shah Alam. Or its sluggish look into the Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal.

The MACC was part of former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi's tripartite package of reforms, with the Judicial Appointments Commission (JAC) and the Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC).

Like its two fellow agencies, the MACC was already under fire even while it was still a bill in Parliament. Most described the bill as weak, since it did not guarantee the commission's independence. Rushed through in a mere two days, the MACC Act 2008 places the anti-corruption body squarely under the jurisdiction of the Attorney-General, instead of Parliament itself which many feel would ensure the MACC's impartiality.

In February 2009, a Merdeka Center poll found that only 43% of 1,018 Malaysians surveyed thought that the MACC would be an effective tool in the fight against corruption. Recent events appear to have vindicated the 57% of Malaysians who thought otherwise.

With all this said, what do you think? Here are some of our attempts at summing up the MACC:

Cindy Tham:

MACC procedures need checks and balances.

MACC needs to regain public confidence.

Eradicate real corruption, power abuse, malpractice.

Jacqueline Ann Surin:

MACC logoAnd now, we must fear MACC.

Eh, boleh disoalsiasat sampai 3.45 pagi?

How can we trust government institutions?

What are your interrogation procedures, MACC?

Interrogation till 03:45 is undoubtedly torture.

Keraguan rakyat memuncak dengan kematian Teoh.

Shanon Shah:

Unshakable evidence is of utmost importance.

BN + MACC = Skeptical rakyat.

Investigate, don't persecute. Question, don't torture.

Little Napoleons get away with anything!

"Kalau sayang bini, ikut cakap kami."

Follow due process. Rakyat will trust.

Prosecute selectively. And then cry wolf?

Zedeck Siew:

Wow! This settee is really comfy!


http://www.thenutgraph.com/six-words-on-macc

Monday, August 3, 2009

PDRM sama ngan Yahudi Israel?

Aksi Tangkapan...

No 1


No 2


No 3






Aksi Polis Melaysia sebijik macam Polis Israel menangkap rakyat Palestin.........Hidup rakyat...............

Idola Polis Malaysia!

Sunday, August 2, 2009






ini dari kaca mata al jazeera DAN BBC ...apa pula pendapat dari kacamata anda????

Letter to MB of Kelantan on oil royalties


The Menteri Besar of Kelantan wrote me on July 15 seeking my view on the Kelantan State Government’s claim for oil royalties from PETRONAS.

Below is my answer, which was hand-delivered to the Menteri Besar this morning.


TRH/U/Phb/Kel/18 Bh.9


30hb Julai, 2009.


8hb Sya’ban, 1430.


Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,


Menteri Besar Kelantan,


Pejabat Menteri Besar,

Blok 1, Tingkat 1,


Kota Darulnaim,


15503 Kota Bharu,


KELANTAN. Dengan tangan/Fax No.09-7442748


Bismillahirrahmanirrahim.

Y. A. B. Dato,


TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN


Saya panjatkan do’a ke Hadrat Allah S.W.T. agar Y.A.B. Dato’ berada dalam

keadaan sihat walafiat.

Sukacita saya maklumkan bahawa surat Y.A.B. Dato’ yang bertarikh 15 Julai,

2009, yang disampaikan kepada saya oleh Y.B. Dato’ Hj. Husam Musa pada hari

Jumaat, 17 Julai, 2009, telah selamat saya terima dan diucapkan

berbanyak-banyak terima kasih.

Apabila Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1963, bidang kuasa (jurisdiction)

ke atas luar pantai Malaysia di antara Negeri dan Persekutuan tidak ditentukan

untuk negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura oleh kerana Malaysia ditubuhkan

dalam suasana di mana kita telah diancam oleh negara tetangga. Ini menyebabkan

Kerajaan Negeri Sarawak telah mempertikaikan hak bidang kuasa Kerajaan Persekutuan

ke atas luar pantai Malaysia di perairan Sarawak. Nasib baik dengan adanya Akta

Kemajuan Petroliam 1974 pertikaian ini telah dapat diselesaikan dalam suatu

perundingan yang diadakan dengan Kerajaan Sarawak. Saya telah mewakili

Kerajaan Persekutuan untuk merundingkan masalah ini dan tanpa memilih jalan

yang sukar, iaitu untuk meminda Perlembagaan Negara bagi menentukan bidang

kuasa untuk Negeri dan Persekutuan yang tidak sempat dibuat sebelum ini

mengenai kawasan luar pantai Malaysia , maka Seksyen 4 Akta Kemajuan

Petroliam telah diguna bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi

telah dapat juga mengatasi kemungkinan ianya ditimbulkan oleh negeri-negeri

seperti Sabah selain daripada Sarawak.

Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ia telah

menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri

dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada

PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar

pantai Malaysia. Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai

kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak

5% daripada nilai petroliam yang ditemui dan dijual tiap-tiap tahun menurut

Perjanjian itu. Bagi Negeri Kelantan, Allahyarham Dato’ Hj. Mohamed bin Nasir,

selaku Menteri Besar, telah menandatangani perjanjian ini dan saya bagi pihak

PETRONAS telah menandatangani perjanjian yang sama dalam tahun 1975.

Jelas sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini

nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai bidang kuasa dalam dan luar

pantai Malaysia mengenai petroliam. Jelas sekali PETRONAS terikat dengan

perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh itu

PETRONAS wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam

yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan

Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Kalau tidak silap saya, sebahagian

daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA

(Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing

untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan

balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh

kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak

dunia. Untuk makluman Y.A.B. Dato’, saya telah meminta Perdana Menteri,

Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk mengguna pakai Seksyen 4 Perjanjian

di bawah Akta Kemajuan Petroliam ini supaya PETRONAS menandatangani

dengan setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu untuk menseragamkan

perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh PETRONAS di bawah Akta tersebut.

Apatah lagi disedari bahawa negeri-negeri di Pantai Timur masih kurang

maju yang memerlukan bantuan untuk pembangunan dan sudah tentu akan

mendapat manfaat daripada bayaran tunai daripada PETRONAS.. Pada masa

itu difikirkan ada kemungkinan kawasan luar pantai Malaysia berhampiran

atau bersetentangan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai

petroliam dan/atau gas asli mungkin memberi harapan yang baik kepada

rakyat dan negeri-negeri tersebut sekiranya petroliam ditemui di luar pantai

Malaysia berhampiran negeri-negeri itu.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang ikhlas,

(Tengku Razaleigh Hamzah)

————————–


Translation:


TRH/U/Phb/Kel/18 Bh.9


30 July, 2009


8th Sya’ban, 1430


Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat


Chief Minister of Kelantan


Office of the Chief Minister


Block 1, 1st Floor


Kota Darulnaim


15503 Kota Bharu


KELANTAN


Bismillahirrahmanirrahim


Y.A.B. Dato,


KELANTAN STATE’S CLAIM FOR OIL ROYALTIES


My prayers to Allah, s.w.t. for your good health.


Thank you for your letter dated July 15, 2009 and conveyed to me by Y.B.

Dato’ Hj. Husam Musa on July 17, 2009.

Malaysia was formed in 1963, in the teeth of armed opposition from a

neighbouring country, without our having had time to clarify the demarcation

between State and Federal jurisdictions offshore. This discrepancy eventually

led the Sarawak State Government to dispute the Federal Government’s

jurisdiction over waters offshore of Sarawak in respect of petroleum resources.

In talks between the State Government of Sarawak and the Federal Government,

we solved this problem within the framework of the Petroleum Development Act

of 1974. I represented the Federal Government in these negotiations. Instead of

going by the complicated route of amending the Federal Constitution to demarcate

State vs Federal jurisdictions, we applied Section 4 of the Petroleum

Development Act to apportion the value of petroleum resources offshore

(and onshore) between them. The same agreement was used for Sabah.

The Petroleum Development Act is thus of unusual significance. It makes possible

an agreement whereby the State Government first vests irrevocably all its

“powers, liberties and privileges” in respect of Petroleum lying onshore or

offshore of its territory in PETRONAS. “In return” says a second agreement,

PETRONAS “shall make to the Government a cash payment in the form of a

yearly sum amounting to 5% of of the value of the petroleum won and saved

in Kelantan and sold by Petronas or its agents or contractors.”

The late Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir signed on behalf of the State of Kelantan

as Menteri Besar and I signed on behalf of PETRONAS as its chairman.

There is no ambiguity at all in this pair of agreements about the demarcation of

jurisdictions on or offshore of Malaysia with respect to Petroleum. It is very clear

that PETRONAS is bound to these agreements just as the State Government of

Kelantan is, and therefore that PETRONAS must pay the Kelantan State

Government the cash payment of 5% of the value of petroleum resources

extracted from Malaysian waters offshore of Kelantan.

As I recall, in the 1960’s the Federal Government assigned a portion of the offshore

area now being exploited by the JDA (Joint Development Authority) to an

international oil company. That company returned the concession to the Federal

Government after they found that the cost of extraction would exceed the market

price of oil at the time.

I sought and obtained the consent of the Prime Minister, the late Tun Abdul Razak,

to sign the same agreements under Section 4 of the Petroleum Development Act

with each state in Peninsula Malaya for the sake of uniformity under the Act,

and with a view to the fact that our East Coast states were less developed and

would benefit from receiving these payments.

At the time we already anticipated finding oil and/or natural gas in Malaysian

waters offshore of Kelantan, Terengganu and Pahang and looked forward to the

benefit that such resources might bring to the people and to these states.


Thank you. Wassalam.


Yours sincerely


(Tengku Razaleigh Hamzah)


http://razaleigh.com/


apa kata KERAjaan Pusat? Petronas sampai sekarang masih tidak

menjelaskan isu ini..


Related Posts with Thumbnails