Sahabat

Friday, May 22, 2009

PRK DUN Manek Urai : BN mesti tarik diri seperti diPenanti


Posted by nikmj in National, Politics, islam, malaysiakini.
Tags: , , , ,
trackback

BN berpeluang membuktikan niat mereka tidak bertanding di Penanti adalah ikhlas dengan tidak meletakkan sebarang calun di DUN Manik Urai Kelantan.

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.

Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut – bawah parlimen Kuala Krai yang diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini.

Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei.

Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai

Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192


http://nmjnh.wordpress.com/2009/05/22/prk-dun-manek-urai-bn-mesti-tarik-diri-seperti-dipenanti/

Thursday, May 21, 2009

Bangang tahap gaban?

Rakyat Tahu Kebiadaban Rejim UMNO BN Perak

Penguasaan BN pada DUN Perak 7 Mei 2009 bukanlah suatu yang hebat tetapi suatu yang amat habat dan mejijikkan dalam era ketemaddunan manusia serta mencabul demokrasi menjadi asas pembentukan Malaysia.

Serbuan pihak polis bersama mereka yang tidak mempunyai pas DUN ke dalam Dun yang dianggap penegak demokrasi adalah kerja jahat bagaikan segerombolan lanun yang naik ke darat menyerang dan merampas serta mengheret mangsa.Seterusnya..

UBN dah jadi bangang tahap gaban...tak tahu malu dan entah apa lagi yang wak nak sebut..kata orang banjar kalau bungol (bodoh)boleh lagi diajar..tapi kalu dah tahap wangal..(bodoh-sombong) aka..bodoh tahap gaban..kata orang muda sekarang patut ditimpas(dilibas) saja,caranya..tunggulah PRU 13..

Cuba kita lihat segaban mana bodonya mereka..just for fun..ubat hati membara...



Wednesday, May 20, 2009

PERUBATAN HOMEOPATI RAWATAN YANG SELARI DENGAN AL-QURAN

Artikel di bawah telah disalin daripada Majalah GEN 5 IQRAC.

PERUBATAN HOMEOPATI RAWATAN YANG
SELARI DENGAN AL-QURAN


Perubatan homeopati lebih merupakan asas fitrah dan asas Islam. Ianya dilihat daripada sudut penerapan ilmu seperti ilmu sains hari ini yang mendapat sumber ilmu daripada al-Quran. Ini kerana asas dalam perubatan homeopati adalah sama seperti hukum alam, fitrah dan sunnah yang merupakan asas yang kukuh dan kekal. Seumpama khasiat madu yang disebut dalam surah an-Nahlu ayat 69:

“Daripada perut lebah itu keluar minuman (madu) yangh bermacam-macam warna di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia…”

Lebih menarik lagi, ubat-ubat homeopati mempunyai ketetapan dan kesembuhan berbanding ubat-ubat moden yang mempunyai kesan sampingan dan akan diketepikan dengan ubat-ubat baru yang lebih berkesan. Asas inilah yang terdapat di dalam penawar-penawar homeopati. Prinsipnya tetap seperti kejadian yang telah ditentukan oleh Allah.

Seakan bawang putih yang dikesan sangan berguna untik sakit kembung, infeksi saluran pernafasan, peredaran darahnya ia akan terus berguna setiap masa. Malahan homeopati telah meneroka dan menggunakan banyak bahan ubat yang seperti terdapat di dalam Materia Medica yang ribuan jumlahnya. Kerana itu bahan-bahan dalam Ferum Met (al-Hadid), Apias Mel (an-Nahlu), Tarantula Cub dan Tarantula Hisp (al-Ankabut), yang dijumpai dating dari surah-surah al-Quran.

Setakat ini, kita baru melihat prinsipnya yang terpenting, manakal prinsipnya yang kedua ialah ‘The Low of Minimum Dose’ menjamin penawar yang diberi bentuk yang selamat. Melalui cara yang sangat unik ia bebas daripada ’Drug Effects’ dan tentunya ini serasi sekali dengan Islam yang tidak dengan Khamru (benda yang memabukkan) seperti dadah dan sebagainya.

Prinsip yang ketiga adalah ‘The Treatment of The Whole Person’ menjamin pesakit mendapat perhatian khusus secara peribadi yang disebut sebagai ‘The Holistic Nature of Homeopathic Treatment’.

Memanglah sesuatu yang baru ditemui itu sukar diterima apatah lagi sekiranya ia berlawan dengan kefahaman kita selama ini. Sebaba itulah kita sukar menerima kenyataan bahawa 12 pesakit AIDS pulih melalui HOMEOPATI seperti yang dilapotkan oleh Berita Harian pada 24 Februari 1993.

Banyak lagi prinsip dalam Homeopati yang boleh dibincangkan unyuk melihat keserasiannya, sumbernya, peranannya dan hubungan dengan Islam sebagai ad-Din dan manusia sebagai insan fitrah. Tiada system rrawatan yang patutu mendabik dada bahawa dialah yang terunggul. Bahkan masyarakat harus terbuka kepada semua system selagi ia mampu mempertingkatkan kemaslahatan ( kebaikan) sejagat.

Tulisan MUSLIMAH SEJATI

Diambil daripada majalah Gen 5 IQRAC.
Diubahsuai oleh Ashcroftstylus Az.

Patut Pun Wajah Anak Raja Petra Menjadi Rebutan Akhbar....



Sejak malam tadi saya sudah agak pasti berita penangkapan anak Raja Petra yang bernama Raja Azman itu akan menjadi antara bahan pelaris yang terpampang di muka depan-muka depan akhbar tempatan pagi ini. Firasat saya betul - pagi ini kebanyakan akhbar melaporkan berita dengan gambar anaknya yang kacak itu sekali.

Bukan hendak puji perbuatan jenayah kerana jika benar bersalah ia tetap bersalah. Tapi cara akhbar kita melariskan berita menarik perhatian kita. Tiada akhbar yang memberi tajuk 'Raja Azman Ditahan' atau 'Raja Azman Dituduh Mencuri'. Yang ada ialah 'Anak Raja Petra Mengaku Mencuri', 'Anak Raja Petra Dituduh Mencuri' 'Anak Raja Petra...'. Semuanya kena sebut nama Raja Petra bagi melariskan akhbar!

Semuanya kena sebut nama Raja Petra! Tiba-tiba Raja Petra telah menjadi bahan pelaris akhbar. Sebuah akhbar bernama Kosmo (kepunyaan Utusan Meloya) siap mencatatkan profil dua anak beranak ini seperti berikut:

"Si-Bapa: Raja Petra Kamarudin, 59, seorang blogger terkenal, menghadapi beberapa tuduhan memfitnah dan menghasut di mahkamah.

Si-Anak: Raja Azman, 32, semalam didakwa di Mahkamah Majisterit Shah Alam atas empat tuduhan jenayah iaitu mencuri, pecah rumah dan memiliki harta curi."


Hebat Kosmo, pakai sebut 'si-' 'si-' saja, 'si-bapa' 'si-anak'! Kononnya hendak mempengaruhi fikiran masyarakat bahawa bapa jahat, anak pun jahat, bapa borek anak pun rintik. Sedang semua orang tahu Raja Petra tidak pernah dituduh di mahkamah atas tuduhan jenayah - mencuri, pecah rumah dan memiliki harta curi. Dia hanya dituduh menerbitkan artikel mengenai PM Satu Malaysia yang sangat tidak disenangi oleh hulubalang-hulubalang beliau.

Kisah anak, anak saudara, adik dan kaum kerabat menteri, timbalan menteri, MB, Exco dan lain-lain yang terbabit dengan jenayah bukan sesuatu yang tidak pernah berlaku. Ia pernah berlaku dan masih berlaku, tetapi tidak pernah menjadi berita penting dalam akhbar. Pernah terjadi adik kepada seorang yang sangat-sangat penting dalam kepimpinan negara ditahan kerana kes dadah, tetapi ia tidak diperbesarkan akhbar, tidak ada gambar pun. Pernah terjadi menteri (dan kini masih jadi menteri), anaknya dan menantunya memukul seseorang, tetapi berita itu tidak pun muncul diakhbar. Banyak lagi berita yang dipengapkan hanya kerana mereka ialah PM, menteri, Timbalan Menteri dan orang penting negara.

Raja Petra pula bukan orang penting pun di negara ini. Dia bukan PM, menteri, timbalan menteri, MB atau Exco. Dia juga bukan Ketua Pembangkang, bukan Ahli Parlimen, bukan ADUN. Dia hanya terkenal kerana cara penulisannya yang kontroversi dan semangat juangnya yang tinggi. Tetapi apabila anaknya ditangkap ia diberi perhatian yang begitu tinggi oleh hampir semua media kita.

Hari ini gambar anak Raja Petra yang kacak itu terpampang diakhbar. Tidak seperti mereka yang dituduh melakukan jenayah, Raja Azman tidak pun menutup muka, dia berjalan selamba seperti tidak berlaku apa-apa.

Kata seorang kawan, Raja Azman sengaja hendak mendedahkan mukanya yang kacak itu kepada umum. Tentu ramai gadis terpikat kepadanya! Seorang lagi kawan berkata gambarnya memang patut menghiasi muka depan akhbar sebab dia memang kacak, bukan seperti kaum kerabat menteri yang kurang kacak itu!!

Oleh: pendikar gunung kriang

Thursday, May 14, 2009

DATO SERI NIZAR MELAWAT JENAZAH RAJA BAHROM!!






Dato Seri Nizar menziarahi jenazah di kediamannya

AL-FATIHAH diucapkan kepada Pihak Istana di atas Kemangkatan Raja Bahrom yang Mangkat semalam.Difahamkan Jenazah akan dikebumikan pada hari ini kerana menunggu kepulangan Baginda Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Aku Sokong Polis

Aku sokong polis
Menangkap mereka yang berhimpun
Di kedai kopi, bawah pokok
Atau tepi longkang
Meski pun mereka diam
Mulut mengirup kopi o
Bibir masih berminyak
Dengan roti canai mamak
Atau perempuan yang berbisik sendiri
Memaki kerana tak berani
Atau si tua berdiri memerhati
Digari, masuk ke lori

Aku sokong ADUN
Bergaduh depan kakitangan kerajaan,
Kerabat Sultan dan para wartawan
Cabut otak dan budi
Letak ke tepi
Usah diukur pada petah berkata
Atau indahnya hujah pujangga
Kembali beradu secara lelaki

Aku sokong Hakim
Buat keputusan mengikut perut
Biar peguambela pendakwa menangis
Hari-hari ke mahkamah
bersarapan roti dan mentega yang sama.

Aku sokong pemberita
Mendakwa si pulan punya angkara,
Agar rakyat mudah percaya
Biar telinga mereka menanah
Mata merah menerimanya

Aku sokong ulama atau mufti membisu
Menginsafi tawadu’nya secebis
Membilang tasbih yang belum habis
Terus menggeleng kepala semacam berzikir
Mengintai lubung ke syurga

Kerana selepas itu,
Angin turun berderu derau
Ombak mengalun badai
Panas hati bara membakar
Keringat terpercik ke hujung kaki
Gengam tidak lagi bertangan kosong
Parang tidak lagi bersarung
Suara tidak lagi berguna

Benamkan keangkuhan
Biarlah ketidaktentuan menentukan

Muhaimin Sulam
Swansea. UK

Wednesday, May 13, 2009

Nizar vs Zambry - Terhebat dan Tergampang ? (Kaulah Mandela..ku ! Uhukk..uhukk..)

Kau macam tahu-tahu ajer yang kau memang banyak persamaan dengan Mandela dan si Gandhi tu ! Wak ingat kau dah lama tahu ? Baru kau tahu ? Memang banyak beb ! Klik di SINI

Hello Penanti, Umno apa khabar ?

Isu siapa MB Perak yang sah masih berlanjutan walaupun Mahkamah Tinggi sebelum ini membuat keputusan YAB Ir Nizar adalah MB Perak yang sah. Namun demikian, demokrasi di Perak kini umpama `bermain catur ular' dan rakyat di Perak hanya sekadar menjadi penonton permainan seumpama ini.

Zambry telah memfailkan rayuan ke atas keputusan tersebut, dan sepantas kilat rayuan didengar dan selaju taufan pula keputusan dibuat untuk menggantung keputusan hakim Mahkamah Tinggi. Mungkin selepas ini pula, YAB Ir Nizar akan memfailkan rayuan atas kes rayuan Zambry tersebut. Lucu tetapi ianya benar berlaku. Terlalu hebat permainan ini dan ianya pasti akan terpahat dalam sejarah Negeri Perak sepertimana sejarah JWW Birch.

Persoalan sekarang bukan lagi tentang pemulihan demokrasi di Perak, tetapi lebih tertumpu kepada kaedah akademik perundangan. Jika ikhlas untuk memulihkan demokrasi di Perak maka jalan telah pun dibuka seluas-luasnya oleh Hakim Mahkamah Tinggi dan YAB Ir Nizar juga telah memberi jaminan bahawa kuasa untuk memilih pemerintah di Perak akan diserahkan kepada rakyat semula.

Malang sekali, jalan yang terbuka luas itu telah disempitkan kembali oleh manusia yang begitu takut kepada kuasa rakyat. Mereka ingin melihat pemerintah di Perak dinaikkan tanpa melalui suara rakyat seperti yang telah diterjemahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi semasa memutuskan YAB Ir Nizar adalah MB Perak yang sah.

Apa pun kita harus terima hakikat bahawa kekuatan PR kini semakin digeruni oleh Umno/BN. Terlalu banyak bukti menunjukkan betapa PR kini benar-benar mengancam kuasa mereka. Di dalam kemelut di Perak yang memeningkan Najib, beliau hampir terlupa agaknya untuk memberi keputusan samada Umno/BN akan menyertai PRK Dun Penanti. Satu lagi `bala' bakal menimpa pemimpin ini. Luka yang dialami di Permatang Pauh, K.Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau belum pun pulih sepenuhnya, kini mereka berhadapan pula dengan Dun Penanti. Keputusan di Batang Air, Sarawak tidak mencukupi untuk mengubat luka parah Umno/BN dan belum cukup untuk `menipiskan kulit muka' Najib ketika ini.

Peristiwa yang berlaku di Perak khususnya peristiwa Persidangan Dun Perak yang mencatatkan sejarah hitam itu, pastinya buah modal yang cukup berkesan di Dun Penanti nanti. Pembebasan tahanan Akta ISA untuk beberapa kerat orang itu, tidak lain dan tidak bukan dilihat seperti untuk mengelakkan pilihanraya kecil di Kota Alam Shah, Selangor. Biarpun sedikit jumlah yang dibebaskan, tetapi ianya merupakan kemenangan besar buat PR di dalam perjuangannya.

Pengumuman seorang wanita bekas ahli PKR untuk menjadi calon di Dun Penanti nanti mungkin satu perangkap. Begitu juga kononnya berlaku pergeseran di antara ahli-ahli PAS dan PKR di Permatang Pauh mengenai soal calon Dun Penanti juga dilihat seperti perangkap. Tidak pasti berapa banyak perangkap telah mula dipasang di Dun Penanti, cuma kita tidak tahu siapakah mangsanya nanti.

Rakyat Perak sudah pasti akan turun beramai-ramai ke Dun Penanti kerana ingin meluahkan perasaan mereka yang tersiksa di Perak ketika ini. Di Dun Penanti, mereka pasti akan bertungkus lumus untuk menentukan bahawa sudah sampai masanya untuk Umno/BN di`talkin'kan. Alangkah baiknya jika calon bebas menarik diri dari bertanding di Dun Penanti kerana perlawanan di Dun Penanti hanya layak untuk PR dan Umno sahaja.

Samada secara sukarela atau ditaja, hasrat calon bebas untuk bersama-sama bertarung di Dun Penanti adalah satu tindakan yang kurang bijak. Saya tidak percaya seperti yang diperkatakan bahawa calon bebas itu ditaja oleh Raja Sesumpah Sdr Ezam, tetapi jika itu benar saya juga tidak terperanjat. Apa yang pasti, Raja Sesumpah akan muncul di mana-mana tempat diadakan pilihanraya selagi bernyawanya DS Anwar. Cuma, saya masih menunggu Saiful pula untuk muncul. By WFAUZDIN NS

SIFAT BENAR.........nikabduh


Benar adalah sifat yang mulia. Lawannya, bohong adalah sifat yang keji. Membezakan benar daripada bohong adalah sebahagian matlamat Allah ke atas kehidupan manusia di dunia ini.

Allah benar – benar mahu menyaksikan golongan yang benar terpisah daripada golongan yang bohong. Satu di syurga dan satu lagi di neraka. Lihat al Ankabut:3.
Benar bukan bermula di lidah, tetapi di hati. Justeru ia mendasari makna iman. Iman adalah pembenaran dengan hati. Apabila hati telah dikuasai kebenaran dan pembenaran ke atasnya, ia pasti dan mesti menguasai tubuh. Justeru lidahnya pun berkata benar dan seluruh anggota tubuhnya bertindak dan berkerja dengan benar tanpa bohong dan tipu.
Maka iman adalah benar sebagaimana benar adalah iman. Iman adalah pembenaran dengan hati, pengucapan dengan lidah dan berkerja dengan anggota badan. Begitulah gambaran betapa mulianya sifat benar.
Oleh kerana benar adalah iman, maka bohong adalah nifaq. Orang beriman adalah pembenar kepada kebenaran, manakala kafir, juga munafik adalah pembohong yang menidakkan kebenaran (Lihat al ankabut:11). Justeru sifat benar sebenarnya adalah pembeza di antara iman dan nifaq. Nyatalah betapa penting dan berharganya bersifat dengan sifat benar dalam kehidupan orang beriman.
Maka benar adalah amanah iman, manakala bohong adalah khianat terhadap iman. Itu maksud sabda al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam.
Mencapai darjat tertinggi sifat benar adalah sukar. Hati sentiasa benar. Ia menjadi saksi diri sendiri. Jika ia beriman dengan Allah maka benarlah hatinya dalam imannya itu. Bila ia kufur dan mensyirikkan Allah, maka benarlah hatinya dalam kufur dan syiriknya itu. Hatinya benar dalam menidakkan kebenaran daripada Allah.
Peperangan dan perjuangan sifat ini bermula apabila ia menuju lidah dan perbuatan. Jika lidahnya berkata sebagaimana hatinya, maka dia melonjakkan sifat benar di dalam dirinya. Kemudian jika perbuatannya juga adalah selaras pernyataan hatinya, maka ia sebenarnya telah mencapai darjat tertinggi sifat benar.
Kerana kebesaran bersifat benar, maka manusia paling mulia selepas para rasul, Abu Bakar telah menerima darjat kebesaran utama daripada Allah iaitu gelaran ‘as siddiq’.
Ia satu perjuangan dalam kehidupan setiap muslim yang wajib memelihara imannya sepanjang hidupnya. Betapa sukar berlidah benar, betapalah lagi sukarnya berkerja dan bertindak benar. Lidah bercabang, menanam tebu di bibir mulut dan talam dua muka adalah sebahagian rencah kekejian amalan yang merosakkan kehidupan manusia dek hilang dan terhakisnya sifat benar.
Bagaimana menuju puncak sifat benar yang sukar itu? Mari bersama kita menangga menujunya.
Pertama, benar terhadap musuh. Ia bererti anda mempertegaskan kebenaran dan iman anda dengan berterangan menolak musuh. Musuh adalah kufur, syirik dan mereka yang mendukungnya.
Anda mengucapkan kalimah syahadah dengan berterangan. Anda mengeji kekufuran dan menjauhinya. anda menolak orang yang melawan Allah dan hukumNya. Anda menyeru manusia meninggalkan kekufuran dan kezaliman.
Ini adalah tanda sifat benar di dalam diri. Ia adalah tanda iman di dada. Jika anda gagal di sini, anda telah gagal di tahap yang pertama. Anda dikuasai sifat bohong dan nifaq. Anda mungkin telah menjadi munafiq.
Anda berkata iman hanya di depan orang beriman, tetapi sebaliknya di hadapan orang kafir. Anda memilih untuk tidak memihak, di atas pagar apabila berlaku pertembungan di atara iman dan kufur. Anda meredhai perbuatan maksiat. Anda menyokong orang yang menolak hukum Allah. Ini adalah tanda tiadanya sifat benar di dalam diri anda, bahkan sifat nifaq telah mengambil tempatnya.
Justeru orang yang benar imannya sentiasa menyokong perjuangan Islam yang di perjuangakan oleh PAS dan kumpulan Islam yang lain. Mereka pula menolak perjuangan sekular yang diperjuangakan oleh UMNO dan menentangnya habis – habisan. Adapun mereka yang dihinggapi nifaq, mereka menjadi sebaliknya. Mereka menentang perjuangan Islam dan mendukung perjuangan sekular.
Walaupun perisytiharan menentang musuh secara berterangan ini adalah hebat, tetapi ia adalah sifat benar di tahap pertama. Sifar benar di dalam diri yang disemai oleh iman menuntut anda menangga ke tahap yang lebih lagi.
Kedua, benar terhadap sesama muslim. Ia bererti anda berlaku benar di dalam menjaga amanah persaudaraan Islam. Menipu sesama muslim adalah khianat terhadap iman. Iman bererti anda aman dalam hubungan dengan Allah. Anda tidak memusuhi dan mengkhianati Allah. Kemudian iman bererti anda aman dalam hubungan sesama sendiri, sesama muslim. Anda tidak memusuhi dan mengkhianati muslim.
Justeru benar terhadap sesama muslim adalah amanah iman. Membohongi mereka adalah khianat terhadap iman.
Anda dipercayai setiap muslim kerana kalimah iman dan perlakuan iman anda. Kepercayaan yang anda perolehi itu memudahkan anda untuk menipu dan bohong terhadap mereka. Jika anda menipu, kepercayaan mereka menutup penipuan anda. Justeru menipu kawan lebih mudah daripada menipu musuh yang sentiasa tidak mempercayai anda. Maka setiap muslim terlalu mudah terdedah dengan penipuan sesama sendiri.
Ini jika anda gagal di dalam memelihara iman. Anda khianat di dalam menjaga iman.
Sebaliknya, jika anda benar di dalam iman, anda akan bersifat benar. Anda berusaha untuk benar dan tidak menipu dan mengkhianati sesama sendiri, sesama kita, sesama muslim. Maka amanlah kehidupan masyarakat muslim apabila tersebarnya sifat benar dalam kehidupan Islami.
Seorang pemimpin, contohnya Menteri Besar atau wakil rakyat, diberi kepercayaan untuk memimpin rakyatnya kerana perakuan iman dan amanah yang lahir dari lidahnya. Maka dia mudah untuk menipu rakyatnya kerana dia memiliki perisai kepercayaan tersebut. Malangnya, betapa ramai pemimpin seperti ini yang membohongi rakyatnya dan mengkhianati amanah yang diberikan.
Lihatlah sukarnya benar sesama sendiri. Pemimpin menipu rakyat. Ketua menipu anak buah. Penjual menipu pembeli dan lain – lain. Semua ini kerana kepercayaan sesama sendiri yang telah dikhianati. Hilangnya sifar benar di jiwa muslim.
Adapun seorang muslim yang ingin menjaga imannya kekal bersih dan kukuh, maka dia terus bertahan dengan sifat benar di dalam muamalahnya sesama muslim. Dia boleh berbohong, tetapi sifat benarnya menghalangnya berbuat demikian. Dia berkhidmat dan menyumbang tenaga dan segenap kepunyaanya dengan iman yang dibenarkan oleh lidah dan perbuatannya.
Inilah darjat iman yang tinggi. Ia ditinggikan oleh sifat benarnya dalam kehidupan sesama muslim selepas dia telah benar di dalam menyatakan penolakannya terhadap kufur dan nifaq.
Jika anda orang PAS, perhatikan betapa gagah dan mudahnya anda melawan UMNO, tetapi betapa sukarnya anda untuk menjaga amanah dan kepercayaan sesama kita. Jika anda benar di dalam menjaga kepercayaan itu, bersyukurlah kepada Allah yang telah memahamkan dan melorongkan anda untuk menghayati makna iman. Jika sebaliknya, bersegeralah membaiki diri menuju kecemerlangan iman. Jika tidak, anda hanya mendahului musuh, tetapi ketinggalan jauh di belakang kawan sendiri. Jika musuh sempat, andalah mangsa mereka yang terawal.
Adapun tahap benar yang ketiga, maka ia adalah benar terhadap orang terdekat. Suami terhadap isteri dan begitulah sebaliknya. Ketua terhadap orang – orang kanannya dan begitulah sebaliknya. Mudahnya, pembantu yang benar.
Tiada yang paling patut saling mempercayai selain isteri atau suami. Apabila ikatan nikah bersimpul, kita saling bocor membocor, serah menyerah dan percaya mempercayai. Apabila berlaku pengkhianatan, maka ia adalah seburuk – buruk pengkhianatan. Tiada lagi makna kepercayaan dalam kehidupan insani.
Tetapi, dek kepercayaan yang tidak berbelah bagi, sifat bohong dan khianat mudah mengambil tempat. Betapa mudahnya menipu isteri atau suami. Perisai kepercayaan menutup kejahatan diri. Maka tunggulah sebuah tragedi kehancuran.
Sebaliknya, jika sifat benar menguntum di dalam hijauan iman, maka tersergamlah sebuah istana kehidupan yang cukup membahagiakan, bukan sekadar menghiasi tamannya, bahkan semerbaknya menggamit pengunjung yang tak akan hilang. Bahagia dan membahagiakan.
Itu, begitulah mereka yang bergelar pembantu. Kita tidak dilantik atau dipilih untuk menjadi pembantu kecuali kitalah orang yang paling dipercayainya. Rahsia di sisi orang bukan lagi rahsia di sisi kita para pembantu. Benar cerita pembantu, benarlah cerita yang dibantu. Bohong cerita kita, menjadi bohong dan rosaklah orang yang dibantu.
Dalam kehidupan Islami yang menuntut tumbuhnya nilai – nilai murni insani, sifat benar adalah baja yang paling menyuburkannya. Ia mesti lahir dalam kehidupan Islami kerana benar adalah iman. Iman tidak menumbuhkan kecuali sifat benar. Jika tidak, ia adalah iman yang berit dan terbantut tumbesarannya.
Jika anda membaca tulisan saya yang telah ’mencetus kemarahan umum dan menggetus pujian khusus’ sebelum ini, anda dapat lihat dimanakah sasaran bedilan saya. Serangan saya adalah terarah, manakala serangan balas anda terlalu tersasar.
Orang yang kedudukannya tinggi sehingga diambil untuk menjadi pembantu kepada seorang yang mulia di sisi masyarakat seharusnya memiliki sifat benar ditahap ini. Bukar sekadar benar ketika melawan UMNO! Fahami ini jika anda ingin bertapak kejap di medan iman menuju Allah.
Sekarang mari menangga ke tahap tertinggi sifat benar.
Ia adalah benar terhadap diri sendiri. Buanglah manusia kafir jauh – jauh. Ketepikan rakyat dan keluarkanlah pembantu daripada sisi anda. Hilangkan semuanya dan biarkan anda berseorangan. Anda dan diri anda. Di situ anda segera rebah dan tiada upaya lagi. Upaya anda diragut Allah, tuhan yang menciptakan anda dan seluruh makhluk.
Benar terhadap diri sendiri bermaksud benar terhadap Allah di hadapan Allah.
Firman Allah, ” Wahai manusia, Kamu adalah para faqir kepada Allah, sedang Allahlah tuhan yang maha kaya dan terpuji.” Fathir:15
Di sini pencinta Allah menghisab dirinya. Mencari tempat dan masa untuk melarikan diri daripada makhluk lalu menuju Allah, Tuhan tempat tumpuan segala. Terus – terus mencela diri di hadapan tuhan atas penipuan terhadap dakwaan dan saksian iman di hati, lidah dan perbuatan. Menangisi diri kerana keterlanjuran dan kekurangan. Sujud menyembah memohon keampunan dan kebersihan diri.
Begitulah orang mukmin. Dia ingin benarnya itu diperakukan Allah, bukan manusia. Manusia menipu dan Allah tidak menipu dalam jaminan dan kalamNya.
Apabila kita berjaya mengekalkan diri dalam muhasabah, maka sifat benar akan diukur. Kita akan melihat dengan mata hati yang bersinar tahap iman dan benar kita terhadap Allah. Menipu Allah bererti menipu diri sendiri. Kita takkan mampu menipu Tuhan yang Maha Melihat, Maha Memerhati dan Maha Mengetahui.
Bersama kita meneroka kebenaran dan menjunjunginya.

Thursday, May 7, 2009

Raja Nazrin Perkenan untuk bersalaman dengan semua ADUN

Raja Nazrin bersalaman dengan ADUN-ADUN setelah habis bertitah

Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".

Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.

Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

http://idhamlim.blogspot.com/2009/05/raja-nazrin-perkenan-untuk-bersalaman.html

Sidang diceroboh masuk puluhan orang yang tidak dikenali.

YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini!

ADUN OKU dari Aulong duduk di meja Speaker bagi menghalang Ganesan duduk di situ

Inilah deretan pendatang yang haram yang merampas kuasa Speaker

Siapakah mereka yang misteri ini?

Siapakah mereka ini?

Suasana tegang di kerusi Speaker

Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.

Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.

Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.

Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.



http://idhamlim.blogspot.com/2009/05/sidangt-diceroboh-masuk-puluhan-orang.html




Monday, May 4, 2009

keluarga kami ada nik adli..


Enam tahun lepas, ketika saya masih menjawat sebagai mudir/pengetua Madrasah Darul Anuar ( kini Maahad Darul Anuar ) di Pulau Melaka, pusat pengajian ugama yang diasaskan arwah datuk saya, Tokku Nik Mat Alim, Nik Adli, kekanda saya adalah guru yang turut sama mendidik anak - anak murid yang kini kebanyakannya dah pun keluar universiti atau masih menuntut.


Beliau ditangkap dan ditahan di bawah Akta ISA pada tahun itulah. Samalah Seperti seluruh keluarga mangsa ISA yang lain, kami sekeluarga merasa cukup tertekan. Tetapi, Allah menukarnya secepat yang Dia mahu. Nik Adli segera menjadi idola kebanggaan kami.


Jika anda menziarahinya di neraka binaan Umno itu ( sebelum Allah tunjukkan neraka buat mereka ), anda pasti disergap rasa kagum dengan kekentalannya, ketenangannya dan kepahlawanannya hidup mengabdi diri pada tuhannya selama lima tahun di situ. Kami melihatnya dan merasainya secar live sesudah kami membaca cerita - cerita para pejuang yang diuji dengan ujian yang sepertinya.


Ayahanda kami sudah tua. Apabila anaknya yang banyak mewarisi keperibadiannya itu ditahan, dia banyak sekali menangis membiar air matanya mengalir, lagi - lagilah di mihrab tempat bersujud mengabdi diri pada tuhannya di malam hari itu. Dia cukup tahu, anaknya adalah mangsa percaturan politik kotor musuh untuk melemahkannya dan memburukkan reputasinya sebagai seorang ketua pejuang Islam di negara ini. Tubuhnya gagal dicalar, lalu anaknya yang ini menjadi mangsa. Pasti ayahanda cukup tahu ini.


Bonda kami, oh, bayangkan bagaimana terhirisnya hati seorang ibu yang dipaksa mengutip kembali saat - saat indah masa melahirkan dan membesarkan anaknya daripada kecilnya.


( Kalaulah Tun Mahathir dan Pak Lah sempat merasai kehangatan air mata itu di dunia ini sebelum merasai bahananya di akhirat, itulah yang terbaik buat mereka. Jikalah ada Jeanne yang memberitahu.. )


Selepas penahanannya beberapa hari, saya menulis mengenainya dengan hati yang gundah. Saya membelanya sepertilah saya mahu membela para mujahidin di Afghanistan yang hidup di medan perjuangan yang cercaan dan fitnah umat sendiri mengatasi hujanan peluru musuh. Saya hanya mengedarkannya kepada ahli jamaah di masjid kami. Beberapa orang teman menangis membaca tulisan itu.


Kini saya berusaha mencarinya, tetapi gagal. Saya acap menyimpan di tempat yang akhirnya tersimpan dari capaian saya sendiri!


Tahun lepas, ketika Israel mula menyerang Lubnan, saat Nik Adli hampir genap lima tahun penahanannya, saya menulis lagi. Saya hantar kepada Harakah dan Harakah segera menerbitkannya.


Kekanda saya akhirnya dibebaskan dari kem tahanan Kamunting selepas lima tahun merengkok. Beliau dan sahabat - sahabatnya juga. Kini beliau di tahan tahanan terhad di rumah. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doa semua.


Sempena hampir genap enam tahun ditahan, dengan harapan semoga beliau dan sahabat - sahabatnya bebas sepenuhnya ( minta dengan Allah, bukan Pak Lah ), saya lampirkan kembali tulisan itu di blog ini. Ini yang ori, berbanding yang disiarkan Harakah yang telah digunting - gunting. Semoga bermanfaat untuk bacaan semua. Ya, salam Kamunting…


( Terima kasih untuk dhuat79 yang menghadiahkan untuk saya sebuah lagunya yang cukup bagus melalui email dua malam lepas. Semuanya luahan kebencian terhadap kezaliman ISA. ‘ Di manakah Abi?’ Nak? Mintalah dengannya.. Rasanya, free.. )


Nik Adli, keluarga dan ISA

Sudikah saudara pembaca budiman meluang sedikit masa untuk bersama Nik Adli, kekanda saya yang masih terperangkap di Kamunting sana. Maaflah, tumpuan dan diri kita hari ini memang patut dihulurkan ke Lubnan, atau lebih jelas lagi, ke bumi Palestin.


Saya pun keliru juga untuk menulis pasal dan perihal kami sekeluarga pada saat ummat Islam sedunia berada pada tahap segenting ini. Maha guru Dr Yusuf Al Qardhawi berkata, jihad di Lubnan, apatah di bumi Palestin adalah sesuci - suci jihad di muka bumi hari ini. Nilainya tinggi disisi agama, di sisi Allah. Usah berkira pasal Hizbullah itu Syiah. Mereka adalah ahli Kalimah Syahadah, seperti kita, berdepan dengan sebesar - besar jentera kalimah kufur di muka bumi.


Tsunami dulu telah mengubah peta muka bumi. Peperangan di Lubnan hari ini akan mengubah peta wajah kehidupan manusia di bumi. Khabaran awalan daripada Nabi agung, sallallahu alaihi wasallam perihal ummatnya hari ini sentiasa diikat dengan peristiwa - peristiwa pertembungan di bumi Syam di antara tentera muslimin yang memikul kebenaran dan keadilan dengan bangsa Yahudi yang memikul panji kerosakan di muka bumi. Apalah sangat cerita Kamunting saat ini.


Kalaulah tidak kerana masa rakyat Malaysia masih ada untuk dikosongkan buat mendengar penjelasan Siti pasal bakal suaminya, atau Khairi pasal bukan Mayanya, atau Pak Lah pasal menantunya, atau Tun Mahathir pasal duka nestapanya, atau macam - macam pasal lagi, sudah pasti saya tidak suka untuk bercakap juga pasal Nik Adli dan rakan - rakannya yang terkurung sejak sekian lama di Kamunting itu.


September ini genap lima tahun abang saya itu menghuni kediaman yang dibina pemerintah Melayu Malaysia buat menahan rakyatnya yang jahat - jahat yang ditakuti menular kejahatannya di dalam masyarakat. Nik Adli atau sesiapa sahaja yang berada di kediaman ini yang dihukum sebagai jahat tadi akan menikmati dua nyawa. Satu nyawa kurniaan Penciptanya untuk hidup di dunia ini. Kedua, nyawa kurniaan Menteri Dalam Negeri untuk dia meneruskan kehidupan di Kem Kamunting.


Bezanya, bila nyawa kurniaan tuhan ditambah disambung, tiada insan yang tak gembira menyambutnya. Ada yang buat majlis baca doa panjang umur, ada upacara tiup meniup lilin. Raya puja umur pun ada juga. Adapun bila nyawa kurniaan menteri tadi disambung, ia disusuli dengan titisan air mata kesedihan yang teramat sangat oleh seluruh yang menanti nyawa itu tak disambung.


Tapi, seperti halnya Raja Namrud dan Firaun di zaman dulu - dulu, menteri ini jadi seronok dapat jadi seperti Tuhan, kalau pun tak jadi Tuhan, untuk memberi dan menarik nyawa rakyatnya yang jahat - jahat ini.


Nik Adli dan rakan - rakannya ditahan di bawah ISA atas tuduhan menjadi pengganas di bumi Malaysia. Dalam ISA, tuduhan adalah bukti yang kukuh. Mahkamah tidak diperlukan. Cukup dengan siasatan SB. SB adalah malaikat yang tak pernah dibolosi kekurangan fakta. Menteri Dalam Negeri yang bertakhta di arasynya hanya menunggu para SBnya berterbangan ke puncak membentang bukti - bukti yang takkan silap, lalu disahkannya. 2 tahun kau ke neraka Kamunting!


Tuduhan juga menyebut bahawa sekolah - sekolah agama, pondok - pondok pengajian Islam yang dibina dan dibajai ilmu para tok guru di kampung telah menjadi sarang merekrut bakal pengganas dan militan agama. Penglibatan mereka di dalam jihad Afghanistan menentang kuasa Rusia yang kufur juga ibarat menyimbah minyak ke api yang sedang marak. Kerana bahaya ini, Nik Adli dan lebih 20 rakan - rakannya ditahan bersama kumpulan pengganas ugama yang lain di bawah ISA.


Tak lama selepas itu, peperangan dilancar ke atas seluruh sekolah ugama rakyat. Tun Dr Mahathir, lagak Yahudi mengebom Lubnan, akhirnya berjaya memaksa kebanyakan sekolah - sekolah ugama tunduk kepada tuntutan pemerintah. Yang berkeras kehabisan bekalan makanan lalu rebah tersadai tanpa guru dan murid. Kalaulah beliau mampu, pasti dipikul usung sekolah - sekolah ugama ini ke Kamunting sama. Kalaulah kuasa nabi Sulaiman alaihis salam dicalit sedikit kepada mereka, itulah jadinya!


Hebatnya kuasa! Kuasa mencipta bukti dan kuasa jua menolak bukti. Kuasa adalah kebenaran. Kebenaran yang menentang kuasa adalah kezaliman. Bila semua tunduk pada kuasa, itulah keadilan!


Inilah manifestasi ISA. Pemerintah memeliharanya seperti sang bomoh memelihara dan menjamu jin iblisnya. Mimiknya, pemerintah ibarat si ‘syarifah’ itulah, bersandar pada kuasa jin iblis itu untuk memakan mangsanya.


ISA menghukum dan memangsa dalam kesamaran. Pertuduhan tanpa pembuktian. Mana dacing/mahkamah? Persaksian tanpa kelayakan. Mana jejeknya pembohongan dan akhlak yang buruk? Penghukuman tanpa keahlian. Mana hakim? Menterikah?? Undang - undang tanpa peri kemanusiaan. Mana hak membela diri? Mana segala hak pemberian Allah??


Allah menurunkan segala bukti dan keterangan, bersamanya al kitab dan al mizan ( kaedah - kaedah yang mengukur kebenaran dan kebatilan ), bahkan diturunkan jua besi yang tumpat lagi keras itu agar manusia berdiri tegak dengan keadilan. Besi bukan buat merajakan kuasa seperti perbuatan Yahudi ke atas Palestin dan Lubnan, bahkan besi adalah kuasa yang memaksa Yahudi tunduk pada keadilan. Keadilan adalah raja. Keadilan adalah Allah.


Saya adinda Nik Adli. Entah apa, saya selalu disapa sebagai kekandanya. Kalangan adik beradik beliau layak untuk tidak dikenali. Seorang yang pendiam. Tak petah untuk berkuliah di masjid walaupun beliau berilmu. Hobinya hobi kampungan, macam ayahanda. Berkebun, berternak. Hobi hebat masa kecilnya membuat bedil peluru bebola basikal atau panah besi ciptaan sendiri? Tak silap kami namakannya bedil teracak?? Hah, ini boleh jadi bukti militan ni! Saya selalu ikutnya menembak ikan di sawah.


Masa kecil dia agak susah untuk lancar membaca Al Quran. Balik dari Pakistan, bacaannya menjadi. Seronok jika beliau menjadi imam mengganti ayahanda di masjid. Entah askar Taliban mana menjadikannya lancar dan merdu membaca al Quran. Mungkin ada dalam maklumat SB, malaikat Islam Hadhari.


Masa di Pakistan, beliau terlibat dalam jihad Afghanistan bersama ratusan pelajar Malaysia yang lain. Mereka ke medan semasa cuti semester pengajian. Jihad suci membebaskan Negara Afghanistan dari kuasa komunis masa itu telah mendekatkannya kepada Tuhannya. Beliau mengimpikan mati syahid di jalan Allah. Bonda di Malaysia asyik menangis pasal anakandanya yang ini.


Beliau mengutusi saya di India memohon saya mendoakan agar beliau syahid di medan. Saya yang turut mengikuti perkembangan jihad melalui majalah - majalah jihad yang terbatas turut teruja dengan impiannya. Saya mendoakan beliau Mati!! Berkali - kali tapi tak mati - mati jua. Saya tahu apa untung saya dan kami sekeluarga di akhirat kelak kalau kekanda saya yang ini pergi dulu bersama para syuhada’ perjuangan. Syafaat di padang mahsyar.. Ingat Ibrahim Libya!


Rupanya, di sisi Allah ada skrip yang berbeza untuk beliau. Bahawa musuh Islam itu satu walau apa ugama dan ideologi mereka, Nik Adli yang mengacu senapang ke arah komunis akhirnya ditangkap atas kehendak dan telunjuk Amerika oleh kerajaan negaranya sendiri atas nama memerangi keganasan global.


Selepas 5 tahun pulang belajar dari Pakistan untuk sepenuh masa menabur bakti menjadi guru ugama di sekolah ugama di Pulau Melaka, beliau bersama rakan - rakannya ditangkap dalam operasi gila - gila kerajaan Malaysia dan diISAkan. Kini beliau cukup 5 tahun dalam tahanan. Anak - anaknya yang dipisahkan daripadanya oleh kerakusan nafsu pemerintah kini telah memasuki alam persekolahan.


Kesedihan adalah ujian Allah. Ia bertandang selepas kegembiraan berundur. Ia berundur apabila kegembiraan kembali lagi. Mungkin Ayahanda bonda berpaut pada degup sabar Nabi Allah Yaacob menanti pelepasan Allah dalam mengalun rindu terhadap anaknya Yusuf alaihimassalam. Mungkin isterinya pula bersandar pada kenangan silam rindu Hawa terpisah sementara daripada hilai ketawa Adam alaihimassalam semasa diturunkan ke muka bumi.


Anak - anaknya, siapakah yang dapat meneka jiwa anak - anak kecil apabila melihat sepupu sepupu mereka bergelak ketawa dengan ayah - ayah masing - masing, sedang mereka hanya mampu melihat ayah mereka di jaringan besi yang memisahkan kasih daripada belaian, hilai tawa daripada pelukan?


Saya, juga adik beradik yang lain memilih untuk berkata, kekandaku, kau adalah pahlawan dalam keluarga. Mengingatimu adalah ibarat mengasah tajam senjata memerangi kezaliman yang pasti lebur. Mereka telah salah dan menzalimimu sedangkan kau belum pernah dibuktikan bersalah. Mereka berdosa sebelum dan selepas. Sabarlah, kesabaran itu adalah kunci yang membuka. Apabila tali semakin tegang, ia berakhir dengan putus! Kau pun bebas. Bukankah sinar fajar itu sentiasa dekat?


Memerangi ISA adalah jihad yang tiada taranya di bumi kita. Memeranginya adalah seperti memerangi kerakusan Yahudi di bumi Palestin juga. Kerana ISA Islam ditekan sehingga melukut di kaki pemerintah. Pejuangnya dan seluruh pejuang keadilan dianiayai. Rakyat menjadi takut dan bacul. Ruh jihad Islami dipadamkan. Yang tinggal hanyalah ummat yang hanya tahu merintih dan hidup berangan - angan.


Tuhanku, bebaskan Nik Adli dan rakan - rakannya sebagaimana Engkau melepaskan beburung terbang bebas diruangMu. Tuhanku, sematkan kesabaran didadanya sebagaimana Engkau permudahkannya untuk para kekasihMu. Tuhanku, hancurkan ISA dan pendukungnya sebagaimana engkau hancurkan musuh - musuhmu sehancurnya.



http://nikabduh.wordpress.com/2007/08/02/keluarga-kami-ada-nik-adli/

Sunday, May 3, 2009

PENGERTIAN ‘ULAMA’ DAN CIRI-CIRI ULAMA’

Dilulus terbit pada Saturday, May 02 @ 20:17:02 MYT oleh alghaib
Oleh : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD


Konsep ulama’ boleh ditakrif dengan berbagai difinasi yang berlandaskan latar belakang kesarjanaan atau disiplin ilmu masing-masing. Perkataan ulama’ itu adalah kata jamak dari perkataan “’Arab iaitu ‘Alim. Kemudian lahir pula perkataan ‘Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti atau mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu. (Muhamad Ismail, 1961:26.)


Menurut Dato’ Dr. Harun Din, dalam al-Quran karim terdapat dua kali sahaja perkataan ulama’ itu digunakan. Kedua-duanya merujuk kepada yang mendalami pengetahuan agama. Yang mendalami agama Islam diistilahkan dengan al-ulama’. Ada alif dan lam. Ini bererti bahawa ulama’ adalah istilah khusus yang dimaklumi bahwa hanya diguna pakai untuk yang mengetahui dan mendalami tentang agama Islam sahaja. Di dalam bahasa arab ada banyak istilah selain ulama’ yang diguna bagi merujuk kepada bidang masing-masing. Contohnya (khabir atau khubara’ untuk pakar yang lain dari bidang agama), Muhtarif atau muhtarifun, Fanni atau fanniyyun yang merujuk kepada technician, Mahandis arkitek, Tabib akhsai pakar perubatan.

Seperkara lain yang patut disebut bahawa perkataan ulama ialah perkataan jama’. Kalau untuk seorang disebut alim mufrad. Akan tetapi sudah menjadi penggunaan yang menyeluruh dipakai ulama’ untuk merujuk kepada seorang seperti imam Syafie adalah ulama’ terbilang. Dibolehkan demikian kerana hakikatnya seorang alim dalam Islam memiliki dan mendalami berbagai bidang ilmu, ilmu bahasa Arab dengan segala cabangnya ilmu al-qawafi, badi’ maani, bayan, nahu saraf, usul feqh, ulum hadis, hadis, tafsir, ulum tafsir, ilmu al-adab al-arabi, arud, tarikh, mantiq, al-falsafah dan berbagai ilmu. (Dr. Harun Din, 2004: 7-8.)

Nizam Sakamat Sakjeha merumuskan pengertian ulama’ pada tanggapan masyarakat umum adalah mereka yang berat sangkaan mereka, amat ikhlas dalm melaksanakan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Amat prihatin dan berusaha keras untuk menegakkan yang hak dan memerangi kebatilan, mereka adalah orang yang tidak mungkin tenggelam dalam hawa nafsu. Nizam Sakamat Sakjeha Nasaih wa Taujihat al-Mufakkirin wa Ulama’ al-Islam liljamaat wal ahzab al-Islamiah: 4

Menurut Jamal Mohd Lokman, menjelaskan secara estimologinya ulama’ membawa maksud “orang yang mengerti atau orang yang berilmu pengetahuan”, iaitu mengetahui hakikat sesuatu dengan penuh keyakinan. Jamal Mohd. Lokman Sulaiman, 1999:37.

Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, Istilah ulama’ disandarkan kepada individu yang mengetahui mengenai al-Quran dan al-Sunnah serta memahami kedudukan hukum dan sumber hukum Islam yang berpandukan kepada sumber tersebut. (Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, 1982:2. )

Mahyuddin Haji Yahya, di dalam Encyclopedia Sejarah Islam, para ulama’ ialah golongan penting kerana mereka merupakan pakar dalam bidang agama khususnya dalam bidang tafsir, feqah, hadis, Usuluddin dan segala cabang ilmu Islam. (Mahyuddin Haji Yahya, 1989:1708).

Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, Ulama’ ialah mereka yang mengetahui mengenai sifat Allah, keadilannya,ketauhidannya, sifat yang harus dan yang tidak harus keatasnya, maka mereka membesarkannya, membesarkan kekuasaanya. Orang yang ilmunya bertambah maka bertambah takut ia kepada Allah SWT. (Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, 1995:592-593.)

Menurut Syed Qutb mereka yang mengkaji al-Quran yang penuh keaijaiban dan mereka yang mengenal Allah dan mengetahui hakikat Allah, mengetahui kesan penciptaan Allah, mengetahui kesan kekuasaan Allah, dan bertaqwa kepada Allah, dan menyembah Allah dengan sebenar penyembahan. Ulama’ ialah orang yang mengetahui sifat Allah dan kebesarannya. Siapa yang bertambah ilmuya maka ia bertambah takut kepada Allah.( Syed Qutb, 1994:2943.)

Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Orang yang takut kepada Allah ialah orang-orang yang berilmu. Berdasarkan kepada ayat Fatir: 28. di pangkal ayat Allah mengguna perkataan “Innama”. Menurut ahli nahu bahawa huruf “innama” itu ialah adaatu hasr yang ertinya “alat untuk membatas”. Sebab itu ertinya yang tepat dan jitu ialah “ hanya orang-orang yang berilmu jua yang akan merasa takut kepada Allah. Kerana kalau tidak ada ilmu tidaklah orang akan takut kepada Allah. Kerana timbulnya satu ilmu setelah diselidiki. Maka jelaslah bahawa pangkal ayat tadi Allah telah berfirman “tidakkah engkau lihat” maka kalau tidak dilihat tidaklah akan tahu. Kalau sudah dilihat dan diketahui dengan sendirinya akan mengertilah bagaimana kebesaran Allah , kekuatanya dan keagunganya, merasa dirinya kerdil di hadapan kekuasaan Allah, dengan ini akan menimbulkan takut . Kalau takut telah timbul nescaya timbullah ketundukan , lalu segala perintahnya dilaksanakan dan larangannya dihentikan. .(Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), 1984: 300-301. )

Menurut Ibn Kathir Tidak lain orang yang merasa takut kepada Allah itu hanyalah ulama’ yang telah mencapai matlamat ma’rifat, iaitu mengenali tuhan menilik hasil kekusaannya dan kebesarannya. Maha besar, maha kuasa, yang maha berilmu yang mempunyai sifat kesempurnaan dan yang mempunyai Asma’ al-Husna. Apabila makrifat bertambah sempurna dan ilmu terhadapnya bertambah matang, ketakutan kepadanya bertambah besar dan bertambah banyak.


Imam Malik berkata” ulama’ bukanlah kerana banyak menghafaz riwayat hadis, bahkan ilmu ialah Nur yang dinyalakan tuhan dalam hati”.Hamka: 301


Menurut al-Syaukani ulama’ ialah mereka yang takut kepada Allah dan mengetahui bahawa Allah berkuasa atas sesuatu. Dan ulama’ ini bukan mereka yang banyak menghafaz hadis tetapi mereka yang memiliki ilmu dan takut dengan Allah SWT. (Muhammad Bin Ali Muhammad al-Syaukani: 459. )


Begitu juga al-Qurtubi menyebut bahawa ulama’ ialah seorang yang takut kekuasaan Allah dan yakin Allah berkuasa membalas atas maksiat yang di lakukan. Daripada Ibn. Abbas berkata ulama’ ialah yang mengetahui tentang tuhannya yang Rahman dan tidak syirik kepada Allah, dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan memelihara peringatan Allah dan mengetahui bahawa semua yang dilakukan di bawah pengetahuannya. (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)



Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatnya”


Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilikinya bercahaya. Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ ”


al-Imam al-Maraghi ketika menafsirkan ayat dalam surah al-Fatir, Ulama’ ialah orang yang takut azab Allah dengan banyak melakukan kepadanya. Dengan ilmu yang mereka pelajari datanglah keyakinan, jika dibuat maksiat akan dibalas dengan siksa, demikian kalau dibuat baik maka mereka akan dibalas dengan syurga.

Menurut Ibn Abbas bahawa ulama’ ialah yang mengenal Allah dan takut kepadanya. (Muhammad Bin Ali Muhammad al-Syaukani, Tahqiq Dr. Abdul Rahman Umairah, Fathu al-Qadir, juz 4: 463)

Berkata Rabi’ Bin Anas “Siapa yang tidak takut kepada Allah maka ia bukan ulama’” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)

Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatnya” (Imam Hafiz Jamaluddin abu al-Fida’ Ismail ibn Kathir al-Qudsi al-Dimasyqi, juz 3/ 4: 553-554.)

al-Hassan al-Basri ulama’ ialah orang yang takut kepada Allah dan cenderung melakukan apa yang Allah suka dan menjauhkan apa yang Allah murka” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 7/20: 343-344)

Sheikh Abul Aziz Badri ulama’ sebagai pewaris nabi iaitu yang menyambung kembali perjuangan dan dakwah para nabi. Ulama’ yang menjadi pewaris para nabi ialah ulama’ yang tidak takut kepada pemerintah yang zalim. Tidak takut kepada pihak yang kejam kerana kepatuhan mereka hanya kepada Allah SWT. (Sheikh Abul Aziz Badri, 1988:53. )

Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilkinya bercahaya. Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 343-344.)

Ibn. Masud berkata ketakutan kepada Allah petanda seorang itu alim. Yang berilmu bukanlah kerana ia banyak meriwayatkan hadis akan tetapi yang amat takut kepada Allah. Di tanya Saad bin Ibrahim siapakah yang paling alim di kalangan penduduk Madinah? Jawabnya orang yang paling takut kepada Allah.

Ali Bin Abi Talib pernah berkata seorang alim ialah seorang yag tidak pernah melakukan maksiat, tidak jemu mengingatkan dirinya dan manusia sekalian akan azab allah swt dan tidak membelakangi al-quran. (Al- Imam al-Qurtubi, juz 14:243)


Kesimpulannya
Secara umumnya perkataan ulama’ itu membawa satu pengertian yang luas, disandarkan kepada seorang yang memahami konsep agama secara syumul dan mendalam serta menzahirkanya dalam bentuk praktikal dan amalan hidup seharian. Apabila ulama’ dikaitkan dengan Islam ia berhubung rapat dengan Allah. Tidak cukup sekadar ada ilmu tetapi tidak takut kepada Allah SWT, begitu juga sebaliknya.

Ulama’ dikenali dengan ilmunya dan keteguhan pendiriannya. Mereka terpelihara daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang syubahat. Ulama’ dikenali dengan jihad, dakwah, pengorbanan dari segi waktu, harta benda, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah.
Ulama’ dikenali dengan ibadah dan khusyuk mereka
kepada Allah. Ulama’ dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan pujuk rayunya. Ulama’ dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya dari kalangan ahli hak.

Di antara perkara yang menunjukkan alimnya ulama’ dan kelebihannya ialah mengenai pengajiannya, fatwanya dan
juga karangannya. Adapun pangkat dan jawatan atau yang seumpama dengannya, bukanlah dikira sebagai tanda yang
menunjukkan kepada ilmunya. Ulama’ tidak ditentukan dan tidak dipilih melalui cara pengundian, tidak juga dengan cara penentuan jawatan. Sebagaimana di antara kalangan alim ulama’ dalam tarikh ummah terserlah dan nyata sebutannya (masyhur), menjadi imam atau pemimpin kepada ummah sedang dia (alim ulama’) tidak mengenal dan menjawat kedudukan atau memegang jawatan. Seumpama Imam Ahmad dan Syeikh Islam Ibnu Taimiah sebagai dua contoh dalam tarikh yang panjang bagi ummah ini.

Ini tidak bermaksud setiap orang yang mempunyai jawatan dalam ilmu pengetahuan bukannya dia seorang yang alim, bahkan yang dimaksudkan di sini ialah kedudukan dan jawatan bukanlah dikira sebagai tanda yang menunjukkan ke atas ilmu, oleh itu kita dapati di
sana ada di antara kalangan para ulama’ yang dilantik oleh hakim(kerajaan) menjadi pemerintah, qodhi, mufti dan seumpama dengannya, bahkan kadang-kadang kita dapati pada zaman pemerintahan yang zalim tetap ada para qadhi yang adil dan para mufti yang boleh
dipercayai.



Memiliki segulung ijazah bukanlah jambatan mendapat gelaran sebagai ulama’, apatah lagi jika tidak terpancar dari dirinya kehidupan ilmu. Ulama’ bukan sahaja ada ilmu malahan ia memberi sumbangan kepada masyarakat, perkembangan dakwah dan kemajuan negara. Mereka adalah yang dianugerahkan Allah dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengalaman yang meluas dan mendalami dalam hukum halal, hal ehwal Islam dan mampu melakukan istinbat hukum dengan sumber-sumber hukum yang betul dan asli; alquran dan al-Sunnah, ijma’ dan qias dan lain-lain sumber yang muktabar, dengan lain perkataan ulama' dalah pakar rujuk agama yang berkemampuan (dari segi ilmu) dan disiplinnya. Golongan ini juga mampu memahami , mengoalah serta menganalisa maqhasid syariah. Mereka adalah ahlul zikri yang boleh mengolah dan menganalisis kepentingan-kepentingan agama, nyawa, jiwa, akal dan intelektual, harta, nasab dan keturunan. Mereka juga mempunyai keperibadian yang mulia, dan dispilin yang tinggi dalam kehidupan. Mereka tidak boleh berpura-pura atau double standard sebaliknya ikhlas dan jujur samaada dalam kehidupan mahupun dalam pandangan, idea serta nasihat mereka. Ulama’ sebenar tidak bersikap berat sebelah tidak menggunakan ilmu untuk kepentingan diri dan kumpulan tertentu sahaja.

Kedudukan mereka sebagai ulama' adalah satu pengiktirafan masyarakat. Jadi golongan ulama’ bukanlah merupakan golongan yang sewenang-wenangnya menggelar diri mereka ulama’. Pengiktirafan masyarakat amat penting kerana ilmu, sahsiah dan cara hidup mereka diakui. Ulama' dahulu tidak mendapat apa apa sijil tetapi mereka diiktiraf oleh masyarakat sebagai al-Allamah (seorang berilmuan pengetahuan tinggi). Kualiti ilmu dan penyampaian ilmu membuahkan pengiktirapan masyarakat kepada mereka.

Dari semua kutipan dan penjelasan di atas menunjukkan bahawa ulama’ adalah merujuk kepada mereka yang mengetahui dan mendalami pengetahuan agama. Dengan pengetahuan ini menjadikan mereka patuh kepada hukum Allah. Amat takut kepada kemurkaan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

Keistimewaan Ulama’

Firman Allah SWT
“Allah menyatakan bahawasanya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha perkasa lagi Maha Bijaksana). (Surah al-Imran, 3:18)

Ayat ini menerangkan kedudukan ulama’, dalam soal menguatkan akidah, kedudukan ulama’ adalah amat tinggi, selepas kedudukan para malaikat. Menurut Ibn. Hajar para ulama’ yang beramal dengan ilmunya pada hakikatnya wali Allah. (Al-Zawajir 1/88)

Ini satu darjat ketinggian yang amat nyata dengan kedudukan yang penting itu para ulama’ sebenarnya bukanlah satu golongan yang tersisih dan diketepikan dari permasalahan hidup umat manusia dalam apa jua bentuk.

Banyak hadis yang menyatakan tentang ilmu dan ulama’. Ilmu yang diperolehi oleh ulama’ adalah diturunkan oleh Allah SWT. Ayat dan perkataan “Orang yang di kurniakan ilmu dan beberapa darjat”. Menunjukkan Allah mengurniakan ilmu dan kepandaian yang amat luas kepada manusia, ilmu itu lebih maju dan teratur daripada pengetahuan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada lain-lain makhluk seperti malaikat.

Di antara Hadis Rasulullah SAW . “ Ya Allah berilah rahmat kepada penggantiku. Para sahabat bertanya wahai Rasulullah siapakah pengganti-pengganti baginda. Jawab baginda “ Mereka itu orang yang datang selepas ku meriwayatkan hadis-hadis ku dan mengajarkannya kepada umat manusia”.

Ibn. Abbas menyatakan darjat ketinggian para ulama’` di atas orang mukmin biasa adalah sekira-kira 700 tahun perjalanan dan jauh di antara satu darjat dengan darjat yang lain adalah 500 tahun. (Azzawajir 1/89)

Ulama’ adalah petunjuk kepada hamba dan menara petunjuk kepada sebuah Negara, dan teras ummah dan sumber hikmah, mereka adalah kemarahan syaitan dengan mereka menghidupkan hati ahli kebenaran dan mematikan hati penyelewing. Perumpamaan mereka di bumi seperti bintang di langit yang memberi penunjuk kepada orang di lautan dan daratan. Apabila bintang terpadam maka ia boleh mengeliru perjalanan. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:13.)

Apabila ulama’ tidak ada maka manusia tidak akan tahu bagaimana hendak menunaikan satu kefarduan dan bagaimana hendak menjauhkan perkara yang diharamkan, bagaimana hendak menyembah Allah. Jika ulama’ mati maka waktu itu akan melahirkan kejahilan dan merupakan satu musibah kepada manusia. Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:13.)

Ulama’ mempunyai kaitan yang rapat dengan ilmu, dengan sebab itu apabila ulama’ meninggal ilmu pun hilang. Kata-kata Ka’ab Bin Mani’c seorang tabiin yag masyhur telah berkata” Wajib keatas kamu memelihara ilmu sebelum ia hilang, kerana hilang ilmu kerana hilang ahlinya”. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:34.)

Hadis yang diriwayatkan daripada Muaz Bin Jabal :

“Belajarlah ilmu maka sesungguhnya mempelajari ilmu kerana Allah adalah untuk menakutkan dan menuntut ilmu adalah ibadah dan mempelajarinya adalah tasbih dan berbahas dengannya adalah jihad dan mengajarnya bagi orang yang tidak mengetahui adalah sedekah dan mengajar ahli keluarganya mengenai halal dan haram adalah satu usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah kerana ia mengajar kepada benda halal dan haram dalam menakutkan kepada Allah dan menjadi rakan ketika kesunyian dan menjadi dalil ketika senang dan susah dan menjadi perhiasan ketika keseorangan dan menjadi rakan ketika berdagang dan Allah angkat darjat mereka dikalangan mereka dan menjadikan mereka pemimpin yang menjadi ikutan orang lain. Kerana Ilmu menghidupkan hati yang buta dan memberi cahaya kepada yang gelap dan memberi satiap tenaga kepada yang lemah dan telah mencapai hamba ketahap yang merdeka dan menduduki bersama raja-raja dan mencapai darjat yang tinggi di dunia dan juga akhirat. Dengan ilmu ia boleh taat kepada Allah SWT, dengan ilmu ia menyembah Allah dengan ilmu ia menghubungkan tali sillturrahim, dengan ilmu ia dapat mengetahui yang halal dan yang haram dan menjadi perintis kepada amal. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:35-36.)

Luqman Hakim pernah berkata kepada anaknya
Wahai anakkku duduklah dengan ulama’ dan rapatkan kedua lutut kamu sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan ilmu seperti menghidupkan bumi dengan turunnya hujan” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)

Nasihat Luqman juga
“Jangan kamu duduk bertengkar dengan ulama’ maka kelak kamu akan hina dan jangan kamu bertengkar dengan orang yang bodoh maka mereka akan memaki kamu sebaliknya kamu sabar bagi orang yang yang lebih tinggi ilmu daripada kamu dan orang yang lebih rendah ilmu daripada kamu. Maka hendaklah kamu bersama dengan ulama’ dan sabar bagi mereka dan mengambil daripada mereka ilmu” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)

Malik bin Anas berkata
“Jangan ambil ilmu daripada 4 golongan ini,

a. Orang yang terkenal bodoh
b. Oran yang terkenal dengan ikut hawa nafsu.
c. Orang yang menyeru kepada hawa nafsu.
d. Lelaki yang ada kelebihan dan tidak tahu apa yang diucapkan. ”
(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:91-92.)



Ciri-Ciri Ulama’

1.Sentiasa tawaduk dengan ilmunya

2.Dia tidak menuntut kemuliaan disisi pemerintah dengan ilmunya

3. Katakan Wallahua’lam jika tidak tahu.

Daripada Abdullah Ibn Masud
“Wahai manusia apabila ditanya dari perkara ilmu yang kamu tahu maka kamu jawab, jika kamu tidak tahu maka katakanlah Allah a’lam. ” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)

4.Dan tiada menjadikan ilmu tadi sebagai barang dagangan

5. Tidak menjadikan ilmunya untuk mendekatkan dunia dan menjauhkan orang faqir

6.Tawaduk dengan orang faqir dan orang yang saleh

7.Apabila ia berada di dalam majlisnya maka ia sabar atas orang yang lambat faham dengan hal ehwal agamanya sehingga ia menjawab dengan lembut dan beradab.

8. Ulamak mesti beramal dengan ilmunya

Sabda Rasulullah SAW “ Sedahsyat-dahsyat manusia yang diazab di hari qiamat ialah seoang alim yang tidak bermanfaat imunya”. (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)


Kata Fudhail bin ‘Iyyad,
Awal ilmu ialah diam, kemudian mendengar, kemudian hafal kemudian beramal dan menyebarkan .

Begitu juga dengan kata-kata Ibn. Mubarak
“awal imu ialah diam, kemudian memperdengar, kemudian memberi faham, kemudian menghafaz kemudian beramal” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:46.)

9. Apabila disoal kepadanya perkara yang provokasi yang akan menimbulkkan fitnah di kalangan orang muslimin maka ia minta elak dan minta supaya soalan ini ditanya kepada orang yang lebih aula daripadanya

10. Ulama’ ia tidak akan bertengkar dan memperbodohkan orang lain.

11. Mengajar orang lain kepada tuhannya dan memperingatkan bagi mereka yang lupa. Mengajar bagi mereka yang jahil dan meletakan hikmah kepada ahlinya. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, 1996/1417, t.tpt, hlm, 50-53)

12.Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT .

13. Sentiasa berzikir kepada Allah .

14.Hatinya sentiasa bermunajat dengan Allah .

15.Haya bergantung kepada Allah dan tidak takut kepada lain daripada Allah.

16. Sentiasa beradab dengan Quran dan Sunnah .

17. Tidak berlumba dengan ahli dunia dalam menuntut kemuliaan.

18.Berjalan atas muka bumi dengan tunduk dan patuh.

19. Sibuk hatinya menuntut kefahaman dan iktibar.

20. Sentiasa menyebut nama Allah bersama bersama orang berzikir

21.Lidahnya sentiasa menyebut nama Allah

Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, t.tpt 1996/1417,hlm:13,

22.Sentiasa dahagakan ilmu.
Kata-kata Ibn. Masud”Dua perkara yang tidak pernah kenyang iaitu orang yang ada ilmu yang sentiasa menambahkan rida Allah dan ahli dunia yang berusaha menghimpunkan harta.

Kata-kata Masruq seorang Tabiin di zaman Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali dan Saidina Osman “ Tanda seorang yang berilmu ialah orang yang takut kepada Allah dan tanda orang yang jahil ialah orang yang kagum dengan ilmunya” Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:64.)

23.Tidak berkompromi dengan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah.

Daripada Ummu Salamah berkata” Bersabda Rasulullah SAW” Adalah atas kamu pemimpin, kamu kenal mereka dan kamu engkar, maka sesiapa yang ingkar maka ia telah melepaskan diri dan siapa yang benci maka ia selamat, dan tetapi siapa yang ridha dan mengikutnya maka dijauhkan oleh Allah kepadanya oleh Allah”. Maka dikatakan Wahai Rasulullah Apakah kamu perangi mereka tetapi baginda menjawab “tidak , selagi mereka solat”. Sahih Muslim: 1854

24.Orang alim musuh iblis

“Sabda Rasulullah SAW Seorang faqih begitu susah atas iblis, berbading dengan 1000 orang jahil” Kitab Ilmu Turmizi

25.Para ulama’ hendaklah mempunyai iltizam qiadi atau iltizam kepimpinan, kerana ulama’ adalah pemimpin masyarakat dan ummah seperti para Rasul SAW . Firman Allah “ Dan ingatlah ketika nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah suruhan dan larangan) maka nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. Allah berfirman: “….Sesungguhnya aku akan melantik mu menjadi pemimpin bagi umat manusia..” (al-Baqarah,2:124)

Dengan demikian ulama’ bukan sekadar mengetahui tentang hukum hakam yang terbatas, bukan orang yang mengaji kitab feqah dan bukan juga ditentukan oleh serban dan jubah besar. Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Tafsir al-Azhar, , Bandung: Yayasan Latimojong, cet. Pertama, juz 22/30, 1984, hlm. 302-303.

Sebab itu ulama’ yang layak memimpin mereka mestilah meniru sikap dan akhlak nabi, maka barulah layak mereka menjadi pemimpin.
“Para ulama’ adalah pewaris nabi-nabi dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan wang emas atau perak, tetapi mereka meninggalkan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka sesungguhnya ia telah mengambil habuan yang cukup”.
(Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’: 19)

Sebab itulah para ulama’ mereka yang layak mewaris nabi kerana nabi hanya meninggalkan ilmu dan mereka yang boleh memahami apa yang nabi tinggal ialah ulama’.

26. Keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah

Kata Imam Ghazali : Maka inilah dia perjalanan ulama’
dan juga adat mereka pada menyeru ke arah kebaikan dan
mencegah kemungkaran, kurangnya mereka bergaul dengan pihak pemerintah dan akan tetapi mereka
menyerahkan kepada kuasa Allah Taala untuk mengawasi
mereka, mereka redho dengan ketetapan Allah Taala
supaya dianugerahkan kepada mereka syahadah di jalanNya. Ketika mereka mengikhlaskan niat kerana Allah maka kalam-kalam mereka memberi kesan pada hati yang keras maka dengannya lembutlah hati dan hilanglah kekerasannya.

27. Bertolak ansur tolak ansur. Tidak fanatik dengan pandangannya sahaja. Contoh Imam-Imam mazhab boleh dijadikan ukuran.

Diriwayatkan bahawa Imam Shafie telah mengatakan “Seluruh manusia dalam bidang fiqah adalah keluarga Abu Hanifah” Beliau juga melaku kan solat subuh dekat kubur Abu Hanifah, beliau tidak melakukan qunut, beliau berbuat demikian kerana menghormati Abu Hanifah yng negatakan qunut tidak ada dalam solat subuh dan untuik mengajar pengikutnya supaya bertolak ansur kepada mazhab berkenaan. (Mohd. Radzi Othman dan O.K. Rahmat, 1996:61)

Kiyai Hasyim Asyaari, daripada Nahdatul Ulama, sebuah organisasi kaum tua mengatakan umat Islam agar jangan taksub kepada setengah mazhab atau setengah hukum di dalam soal furuk. Yang utama bagi umat Islam ialah membela Islam dan berjuang menentang orang yang menolak al-Quran. Berjihad menghadapi musuh adalah wajib. Adapun takasub pada satu mazhab dan satu qaul ini tidak disukai oleh Allah. Apatahlagi sehingga mendorong kepada berebut-rebut dan berdengkian. (Umar Hasyim , 1982:232-233.

Nota : Penulis adalah AJK PAS Pusat 2007-2009

sumber >http://tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4341

UMNO CUBA GUNA PERANG PSIKOLOGI UNTUK LEKAKAN PR

Umno ternyata cuba menggunakan taktik baru iaitu cara psikologi dengan mewar-warkan mereka tidak akan meletakkan calon pada PRK Penanti. Sebaliknya dalam diam-diam Umno/BN mula menjalankan kerja-kerja perang saraf dan mendekati grassroot di Penanti.

PR mesti berhati-hati dengan taktik baru ini setelah pelbagai taktik lapuk mereka sebelum ini gagal memancing pengundi pada PRK sebelum ini.

Saya yakin walau apapun yang BN akan lakukan, BN akan tetap dikuburkan oleh rakyat.


http://mutaligat.blogspot.com/2009/05/umno-cuba-guna-perang-psikologi-untuk.html

ADA ORANG MELAYU

Ada orang membaca dengan akal
Ada orang membaca dengan hati
Ada orang membaca dengan budi
Ada orang membaca dengan emosi

Dari situ kita kenal bagaimana
panjang tidak akalnya,
dalam singkat hatinya,
cetek tinggi budinya,
luas sempit emosinya.

Ada orang menulis dengan tangan
ada orang menulis dengan kepala
ada orang menulis dengan kaki
ada orang menulis dengan mata

Dari situ kita kenal bagaimana
cacat elok tangannya,
berotak tidak kepalanya,
kuat lembik kakinya,
sinar kelat matanya,

Sajak ini aku tulis spontan bila membaca blog Nik Abduh dan Nasaruddin Tantawi semalam. Lepas gemuruh dalam kelambu Umno, kini giliran gempita dalam rumah PAS. Semua gara-gara hendak mencari pemimpin. Benarlah seperti hikayat lama, ketika dilahirkan seorang putera, gegak gempita guruh di langit, kilat sambar menyambar......

Sebenarnya samada orang PAS atau Umno yang sememangnya Melayu begini.....

Mereka bergaduh dari jauh
Dekat mereka senyum, bersalam dan berpelukan
Lengkuk bibir tak sama lengkuk di hati
Marah orang Melayu cukup bersantun
Bising di belakang
Depan duduk bersimpuh
Diam tetapi berdendam
Cemburu melihat orang maju
Senang tengok orang susah
Bercakap tidak, mengumpat bertan-tan
Mudah maafkan tetapi sukar melupakan
Mengungkit jika disakit
Berbisik sebelum bercakap
Berfikir selepas terlajak
http://misabah.blogspot.com/2009/05/ada-orang-melayu.html
Related Posts with Thumbnails